2009/08/14

CW Exam 2009-2

AL-Fatihah Kepada Allahyarham Ustaz Asri

Salam,
Terlebih dahulu takhziah kepada keluarga Allahyarham Ustaz Asri. Dulu saya memang minat kumpulan nasyid ini dari mula kumpulan "nada murni" dan sekarang sampailah ke kumpulan rabbani.
Yang paling saya minati zikir2 beliau yang menyentuh hati. Dengan alunan suara yg merdu dengan tajwid, fasohah dsb semuanya lengkap. Dengan zikir membuat hati kita menjadi tenang.
Bermulanya aku berminat seni lagu nasyid ini ketika aku menuntut di Maktab Perguruan Tuanku Bainun Mengkuang dan sekarang dah tukaq nama dah. Sbb apa skrg tak jadi cikgu itu cerita lama.
Jadi marilah kita sama2 sedekah alfatihah kepada beliau dan seterusnya umat islam semua.
amry

2009/08/12

LCWO




(anda juga boleh click di menu pada blog ini sebelah atas)

Posting kali kedua

Kepada rakan-rakan amator yang berminat dengan morse code dan ingin belajarnya. Disini di infokan satu laman web morse code learning secara online. Bagi mereka yang hari-hari mengadap computer dan ada kemudahan internet jadi sini peluang anda untuk belajar morse code.
LCWO online ini menggunakan kaedah Koch Method. Untuk mengekses laman web ini sangat mudah. Anda hanya perlu register ke laman web ini berserta password yang regsiter sendiri.
Kemudahan yang di berikan adalah seperti:-
1- markah tertinggi- anda boleh compare dengan rakan lain dalam laman ini
2- belajar kelajuan dari segi code group,plain text training, callsign training dan sebagainya.
3- format mp3 morse boleh di download terus daripada laman web ini
4- kemudahan menukar text kepada morse code dan dengar.
dan banyak lagi.
Tujuan saya menginfokan laman LCWO ini adalah untuk berkongsi maklumat dan ilmu. Bukan untuk membangga diri tapi untuk berkongsi ilmu dengan semua. Ilmu tanpa amal tak akan kemana.
Harap anda mencuba.



2009/08/10

Rempah ratus......

UVWXYZ + FGHJKLIMNBCASDQERTUOP

rempah ratus + halia+ jintan manis+ kulit kayu manis+ lada hitam = rojak pedas

2009/07/30

Teka-Teki Imam Al-Ghazali

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (teka-teki);
Imam Ghazali = “Apakah yang paling dekat dengan kita di dunia ini?”
Murid 1 = “Orang tua”
Murid 2 = “Guru”
Murid 3 = “Teman”
Murid 4 = “Kaum kerabat”
Imam Ghazali = “semua jawapan itu benar, tetapi yang paling dekat dengan kta ialah MATI. Sebab itu janji Allah S.W.T bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati” (Surah Ali-Imran :185)
Imam Ghazali = “Apakah yang paling jauh dari kita di dunia ini?”
Murid 1 = “China”
Murid 2 = “Bulan”
Murid 3 = “Bintang”
Murid 4 = “Matahari”
Imam Ghazali = “semua jawapan itu benar, tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari2 yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama”
Imam Ghazali = “Apakah yang paling besar didunia ini?”
Murid 1 = “Gunung”
Murid 2 = “Matahari”
Murid 3 = “Bumi”
Imam Ghazali = “semua jawapan itu benar, tetapi yang paling besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al-A’raf:179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka”
Imam Ghazali = “Apakah yang paling berat didunia?”
Murid 1 = “Baja”
Murid 2 = “Besi”
Murid 3 = “Gajah”
Imam Ghazali = “semua jawapan itu benar, tetapi yang paling berat sekali adalah MEMEGANG AMANAH (Surah al-Azab:72. Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah S.W.T meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah S.W.T sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah”
Imam Ghazali = “Apakah yang paling ringan di dunia ini?”
Murid 1 = “Kapas”
Murid 2 = “Angin”
Murid 3 = “Debu”
Murid 4 = “Daun-daun”
Imam Ghazali = “semua jawapan itu benar, tetapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat”

Imam Ghazali = “Apakah yang paling tajam sekali di dunia ini?”
Murid-murid dengan serentak menjawab = “Mata pedang!!!”
Imam Ghazali = “semua jawapan itu benar, tetapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri”

2009/07/20

Apa yg di fikirkan.............










Pameran Radio Amateur Di Karnival Ampang


Dasyat btui kereta ni! Comel gila kereta mini nih!

Sungguh power abg apok ni
cw tangan kiri saja mata tgk
tempat lain..... dan sorg lagi khusyuk
dok baca


Bena v17 dan v47 9w2ll dan 9w2rut testing board

9m2adi dan 9w2ooa- tok uban


9w2uwr, 9w2??? dan 9w2smf

Morse code trainer