2010/04/24

Balik kepada asal di mana bermula.....

Salam,

Kepada semua manusia di dunia ini. Apabila berbuat sesuatu perkara dengan niat atau tanpa niat harus memikirkan apa yang akan terjadi seterusnya. Biasanya manusia bersifat "bahru". Bila dah terbuat baru la nak menyesal.

Apabila sesuatu tindakan itu kita yang bersalah seharusnya kembali kepada asal. Bila kita sedar cepat2 cari penyelesaian. Semua manusia di dunia ini penuh dengan masalah. Masalah boleh di atas dengan macam2 cara. Sebagai contoh jika terlepas cakap atau menegur sesuatu perkara perlu berhemat dan jangan ikutkan hasutan2 syaitan, iblis dan sebagainya. Kalau hasutan "hantu" sememangnya tiada penjelasan "hantu". Malah dalam kitab suci Allah yakni "al-quran" tidak menyebut "hantu". Yang benar adalah syaitan, iblis dan jin. Untuk penerangan selanjutnya anda sendiri baca la. Saya tidak mahu mengupas lebih lanjut. Cukup sekadar memahami dan yakin kepada Allah.

Balik kepada persoalan tadi. Walaumacamana sekali pun marah itu perlu ada pada setiap orang. Kalau anda tidak ada sifat marah....... kemungkinan ada yang tidak kena dengan anda. Sebenarnya masalah ini boleh di selesaikan. Secara paling baik dan gentleman memohon kemaafan adalah cara yang terbaik. Terpulanglah macamana anda memohon kemaafan. Kadang2 kita perlu duduk berdoa dan memohon kemaafan dan kadang2 pergi terus berjumpa dengan sipulan memohon kemaafan. Kita tak perlu ego apabila seseorang memohon kemaafan. Anda sering kali dengar manusia menyebut " sedangkan nabi ampunkan umat. Inikan pula manusia". Kita perlu sedar semakin lama kita hidup di dunia ini. Bukan kita semakin muda. Malah semakin tua dan akan sampai masa kita terlupa, nyanyuk dan sebagainya.

Jadi tak salah kita memohon maaf atas perkara yang di lakukan terlepas cakap, teguran dan sebagainya. Percayalah apabila si pemaaf dan si yang memohon akan berasa lega dan hati keduanya akan tenang apabila perkara ini berlaku. Di sebaliknya perkara akan berlajnutan dan merapatkan tali persahabatan yakni tali silaturrahim.

Insyallah allah itu maha pengampun.

No comments:

Morse code trainer