2010/06/09

Sumbangan Kepada Keluarga 9W2ZKI Saudara Mohd Zuki

Info daripada blog Astra Tengah

Sumbangan Ikhlas

"Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan “Innaa lillahi wa innaa ilaihi raajiuun”. Mereka itulah yang memperoleh keampunan dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk".
(Al-Baqarah: 155-157)


Salam sejahtera,

ASTRA Wilayah Tengah menganjurkan kutipan derma kilat untuk membantu 9W2ZKI Saudara Mohd Zuki, base station Sg. Besar, bagi mengurangkan bebanan yang ditanggung beliau.

Dalam kemalangan yang berlaku pada 11.00pagi hari Sabtu 5/6/2010, XYL beliau kemalangan jatuh motorsikal bersama 2 harmonik beliau. XYL beliau yang cedera parah di kepala telah dikejarkan ke Hospital T.A. Rahimah, Klang, harmonik lelaki berusia 6 tahun yang cedera parah di perut di hantar ke Hospital Teluk Intan dan harmonik perempuan berusia 3 tahun menerima rawatan pesakit luar di Hospital Sabak Bernam.

Setelah berbagai usaha pihak hospital menyelamatkannya gagal, XYL beliau telah menghembuskan nafas terakhir pada 6.00pagi Ahad 6/6/2010 . Jenazahnya telah selamat dikebumikan pada hari yang sama di tanah perkuburan Kg. Sg. Haji Dorani, Sg. Besar. Pada hari yang sama, harmonik lelaki beliau menjalani pembedahan di perut dan selesai pada 10:30malam dan keadaan beliau sudah stabil buat masa ini. Harmonik perempuan beliau masih dalam keadaan trauma kerana kehilangan ibu tersayang dan juga kerana masih menyusu badan...

Menyingkap kembali sejarah 3 tahun lepas, Saudara Zuki pernah kehilangan 3 harmonik serentak dalam kejadian lemas di kampung beliau di Ulu Mahang, Kulim, Kedah.
(Sila lawat link dibawah.)

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=1014&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_06.htm

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=1013&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm

Sesungguhnya dugaan dan cabaran yang dihadapi oleh Saudara Zuki amat berat terutama dari segi emosi. Semoga beliau tabah mengharungi kehidupan yang mendatang. Sumbangan dan pertolongan rakan-rakan amat bererti bagi beliau yang tertekan dalam keadaan sekarang.

Derma ikhlas daripada seluruh warga radio amatur atau sesiapa yang mengenali beliau boleh disalurkan terus kepada akaun beliau. Berikut adalah butiran akaun untuk
menderma:

Bank : Maybank Berhad
Akaun no : 162047615412
Nama : Mohd Zuki bin Abdul Majid


Dalam hidup bermasyarakat, sama-samalah kita mendoakan kesejahteraan arwah XYL serta keluarga kepada Saudara Zuki. Berilah saudara kita ini kekuatan dan harapan agar tabah menghadapi kenyataan.

Dermalah seikhlas mungkin, Allah pasti akan membalasnya dengan ganjaran yang lebih baik…

"Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai: seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui".
(2:261)


Al-Fatihah.

1 comment:

9w2net said...

semoga sahabat kita akan beroleh 1001 hikmah yg menggembirakan selepas ini, insyaAllah.terima kasih Amri atas makluman ini.
berat mata memandang, berat lagi beban yg menimpa. mudah-mudahan doa dari seluruh warga amatur mendapat taufik dan hidayah dari Allah S.W.T

Morse code trainer