2007/11/25

News: Penguatkuasaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)


Parabola dipasang secara haram kena rampas: PEGAWAI Penguatkuasa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menanggalkan parabola yang dirampas kerana dipercayai dipasang secara haram bagi mendapatkan siaran stesen televisyen satelit tanpa sebarang sekatan di sebuah taman perumahan, dekat Tampin. SKMM mengesan empat rumah melakukan kegiatan itu. Penolong Pengarah Jabatan Penguatkuasaan, Bahagian Pelesenan dan Penguatkuasaan SKMM, Enkatesulu Juval, berkata ia hasil operasi kira-kira tiga jam bermula 9.30 pagi semalam yang dilancarkan agensi itu susulan laporan akhbar, 11 November lalu.
Di petik daripada Berita Minggu
Ahad, 25 November 2007
15 Zulkaedah 1428

2007/11/21

Sejarah: Repeater 9WO433 - Bukit Dedap (9M4RBD)

Repeater ASTRA (9WO433) di Bukit Dedap, Sik, Kedah - mula beroperasi jam 11.07 malam, hari Rabu, 13 Mac 2002.
Pemasangannya adalah dibuat untuk membolehkan anggota ADEC (Astra's Disaster & Emergency Communication) serta ahli-ahli ASTRA sekitar Sik memberikan bantuan komunikasi kepada Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia yang bertungkuslumus memadam kebakaran hutan di sekitar Daerah Sik, Kedah, ketika itu.
Repeater yang terletak di ketinggian 403 kaki asl, juga merupakan satu kemudahan yang tidak ternilai kepada ahli-ahli ASTRA sekitar Daerah Sik. Repeater 9WO433 dilinkkan dengan Repeater 9MX244 di Bukit Larut.
Ianya juga telah digunakan sebagai satu kemudahan kepada ahli-ahli ASTRA dan ahli-ahli radio amator keseluruhannya yang bertugas atau melawat Jambori Pengakap Malaysia Ke 10 pada 13-24 Ogos 2002, di Rimba Taqwa, Sik, Kedah dengan menggunakan CallSign 9M2PPM. Ianya juga telah digunakan oleh anak-anak pengakap untuk QSO dengan stesyen radio amatur ke seluruh Semenanjung Malaysia
Repeater 9WO433 di Bukit Dedap, Sik, Kedah, merupakan repeater ASTRA "dua dalam satu (local & linking)" yang pertama dalam ASTRA
Pemasangan Repeater 9WO433 di Bukit Dedap pada 13 Mac 2002 oleh Pegawai-Pegawai Biro Komunikasi, Teknikal & Repeater ASTRA ketika itu yang diketuai oleh:
Pengerusi Biro: 9M2RR - ABD RAHIM ABD RAHMANSetiausaha Biro: 9W2PH - AHMAD PUAD ABDUL HALIMDan dibantu oleh: Ahli-Ahli ASTRA sekitar Sik.
Pada 25 Mei 2002, kerja-kerja menaikkan Repeater 9WO433 di Bukit Dedap, dijalankan dengan diketuai oleh 9M2RR (Pengerusi Biro) dan dibantu oleh 9W2IN, 9W2KT (Allahyarham), 9W2RN, 9W2FL, 9W2WI, 9W2BJ, 9W2TB, 9W2RT, SWL ASRI (sekarang 9W2ASR), SWL ROSHIDAN, SWL NORZANZURI, SWL SHAFIE dan SWL JUNID.

Dipetik dari:Hompej Rangkaian Repeater ASTRAJanuari 2005



2007/11/07

Pantun: Sebagai Anak Melayu Hayatilah Maksudnya.........cari sendiri.

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa berbelang kaki,
Berguru kepala ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Pohon pepaya didalam semak,
Pohon manggis sebasar lengan,
Kawan tertawa memang banyak,
Kawan menangis diharap jangan,

Morse code trainer