2010/09/26

Saya mencari "Hablumminannas" Di dalam Radio Amateur itu sendiri

Firman Allah SWT, “Akan ditimpa kehinaan ke atas mereka itu di mana saja mereka berada melainkan menghubungkan diri dengan Allah dan menghubungkan diri sesama manusia”.
Justru itu, dikatakan ibadah dalam Islam tergolong kepada dua(2) bahagian utama, iaitu:-
1) Hablumminallah
2) Hablumminannas
Hablumminallah, ialah ibadah manusia berhubungan dengan Allah, dan lebih bercorak individu.
Manakala, Hablumminannas ialah ibadah manusia berhubung dengan manusia.
Allah SWT memperingatkan kita bahawa akan ditimpa kehinaan di mana saja kita berada jika kedua soal ibadah tersebut tidak dapat ditegakkan.

Pengertian HABLUMMINANAS.
Ia merupakan suatu persyarikatan manusia dalam mana satu-satu individu itu adalah seikatan dengan keluarganya, jirannya dan masyarakatnya.
Dalam radio amateur sendiri perlu ada ibadah seperti ini. Kita tak perlu memperlekehkan sebalik mencari apa yang di maksudkan. Jika abidah ini tidak ada. Tak ada gunanya kita bermain radio. Kita perlu sepakat dan membawa berkat.

2010/09/24

Sedikit TiPs untuk Rakan SWL menghadapi RAE

Salam semua amateur radio di Malaysia Khasnya.

Kepada rakan swl saya tidak meninggalkan anda sendirian insyallah. Minggu depan anda semua akan berjuang dalam RAE. Sedikit tips ye! yang boleh di kongsi bersama.

1. Minggu terakhir anda tidak perlulah membaca semua theory, sop dengan detail sebaliknya mengingati apa yang telah di baca. Kalau baca hanya untuk fresh up your mind.

2. Seperti mana saya dulu. Minggu yang akhir ini sebaiknya anda perlu menjawap soalan objektif dan mencari jawapannya sahaja. Banyak soalan anda boleh dapati di internet, blog rakan2 amateur dan hardcopy.

3. Tidur awal. Anda akan tenang menghadapi Exam.

4. Persediaan ketika masuk ke dewan. Anda perlu datang awal sebolehnya. Sebabnya kalau anda lewat. Anda akan tergesa-gesa dan tergopoh-gapah apabila menjawab RAE. Bila anda datang awal pemikiran anda akan menjadi tenang di sebabkan masa yang awal itu anda sempat membuat semuanya seperti mencari parking kereta, semak soalan (fresh-up) dan semak document yang perlu. Jangan lupa membawa pensil 2B, pen. getah pemadam dan kalkulator. Pensil kena asah....bagi tajam.

5. Ketika memasuki dewan peperiksaan bacalah doa atau ayat al-quran yang anda tahu. Bagi yang bukan muslim anda juga perlu berdoa dan bertakafur untuk kejayaan anda. Ini dapat menolong anda menghindari daripada terlalai dan sebagainya. Syaitan tidak suka kepada majlis ilmu. Bacalah apa yang patut.

6. Kebiasanya soalan RAE di sediakan dalam dwi- bahasa ( bahasa melayu dan English). Anda perlu memilih bahasa mana yang menjadi keselesaan dan memudahkan anda. Pada saya, saya akan pilih dalam English. Sebabnya kebanyakkan buku yang menjadi reference dalam bahasa inggeris. Tidak menjadi kesalah jika anda paham dalam bahasa melayu. Cuma kadang2 bahasa melayu dari segi makna agak berlainan dan maksud yang panjang. Tapi itu tak menjada masalah. Saya percaya masa yang di berikan sangat cukup dan berlebihan. Percayalah!. Anda boleh membaca dalam english dan jika anda tidak paham cuba baca dalam bahasa melayu. Insyallah.

7. Jika masa di berikan selama 2 jam contohnya. Masa itu anda dah berjaya menjawab semua soalan. NASIHAT SAYA jangan keluar awal. Lagi 15 minit ok lah. Bukan apa rakan2 semua. Dengan masa yang ada masa tu buat semakan SEBAIK MUNGKIN. Anda mengambil bukan free ye!. So anda perlu bertanggungjawab pada diri anda buat semakan. Manalah tahu soalan yang anda tak tahu akan dapat jawapannya. Jika anda tidak berbuat demekian, kalau anda lulus ok alhamdulilah. Tapi jika anda GAGAL nanti anda akan jawab "menyesal aku tak semak betul2. Aduhai. Kena duit lagi nak ambil exam ni lagi".

8. Lepas dah selesai semua, tawakal kepada Allah anda dah berusaha.

9. Sengaja saya letak di akhir tips ini. Sebelum anda menduduki RAE exam. Pertama berdoa pada diri sendiri. Kedua mintak restu kedua ibubapa. Saya pasti mereka pun heran " exam apa plak anak aku nak ambil ni" insyallah mereka akan berdoa demi anak. Saya pun masih buat sebegini. Ketiga mintak restu ISTERI. Sebabnya sekarang ini beliau paling dekat. Yang terakhir menyelami anak2. Walaupun anda tanya anak anda. Anak:" abah lulus tak exam ni" insyallah dia akan kata lulus. Tapi anda jangan tanya anak:" abah gagal tak exam ni" Memang dia akan jawab gagal. Itu fitrah manusia ketika menjadi dewasa.

So Good luck untuk anda semua rakan2 SWL yang menghadapi akan "RAE"

2010/09/22

Malware Attack!!!


Cuba anda lihat web mana yang di serang contohnya "jentayu web" yang memaparkan calendar hijrah dan satu lagi web yang memaparkan waktu sembahyang. Semoga Allah mempelihara Agama Islam. Insyallah.

info daripada blog rakan

Sekarang dah banyak website telah dijangkiti malware, risau gak kalau kena kan. Antara yang telah dijangkiti Gengblogger, TV3, Malaysiakini, Berita Harian dan website yang mempunyai iklan dari innity. Malware dari iklan Innity tu mungkin tersebar ke website lain yang mempunyai link ke website yang dijangkiti tersebut.
Bahaya malware ini mungkin website tersebut akan disenarai hitam oleh Google, mungkin ada kesan terhadap website anda, mungkin trafik akan menurun dan macam-macam kesan negatif lagi.

Jika Website anda dijangkiti Malware, cuba langkah-langkah dibawah:
1.Baca amaran merah malware dengan lengkap
2 Cari dan kenal pasti punca berlakunya Malware
3 Buang kod-kod yang berkaitan dengan Malware tersebut
4 Download dan install FREE latest version software Malwarebytes Anti-Malware
5 Scan laptop atau komputer


Anda juga boleh memeriksa di
Google Webmaster, dafter blog/website anda, dan periksa di Dashboard, pilih Diagnostic dan pilih Malware. Dia akan pamerkan jika blog/website anda diserang malware. Jika ada report hal berkenaan atau buang semua link-link atau iklan innity yang diserang malware tu

2010/09/21

info daripada:- blog astra tengah


KELAS PERSEDIAN RAE 2010-03

Kelas RAE Kembali lagi!!!!!!!!!!!! kepada calun2 bakal mengambil RAE 6/10/2010 dan berminat untuk mengambil kelas persediaan anjura ASTRA WILAYAH TENGAH, sila hubungi - 9M2GTR (012-3109869) , 9W2AKY (012-3353253) , 9W2MSG (016-3859795)..

Tentative Date: Sabtu, 2/10/2010 atau Ahad 3/10/2010
Tentative Guru: 9M2GTR & 9M2AGC
Tentative place: Shah Alam or Subang Jaya
Tentative Fees: RM50.00 (Duit Tabung Repeter & Alat Tulis)

2010/09/17

I like its.... Malaysia Open, Kuala Lumpur 2010

DayDateStart Time
(Day / Evening Session)
Tentative Matches
SaturdaySeptember 2510:00amSingles Qualifying
SundaySeptember 2610:00amSingles Qualifying
MondaySeptember 2710:00amSingles Qualifying
Singles Main Draw - 1
st round
Doubles Main Draw - 1
st round
TuesdaySeptember 2811:00am / 6:00pmSingles Main Draw - 1st round
Doubles Main Draw - 1
st round
WednesdaySeptember 2911:00am / 6:00pmSingles Main Draw - 2nd round
Doubles Main Draw - 2
nd round
ThursdaySeptember 3011:00am / 6:00pmSingles Main Draw - 2nd round
Doubles Main Draw - Quarter Finals
FridayOctober 111:00pm / 6:00pmSingles Main Draw - Quarter Finals
Doubles Main Draw - Quarter Final
SaturdayOctober 22:30pmSingles Main Draw - Semi Finals
Doubles Main Draw - Semi Finals
SundayOctober 32:30pmSingles Main Draw - Final
Doubles Main Draw - Final

2010/09/15

Software CWCom


CWCom adalah kod Morse chat progam untuk Windows dan sistem operasi NT. Anda boleh menggunakan CWCom untuk menghantar dan menerima Kod Morse dan mesej teks melalui LAN atau di internet! CWCom boleh menterjemah kod Morse untuk teks dan teks ke Kod Morse atau lampu berkelip, sehingga Anda tidak perlu tahu kod Morse untuk menggunakannya. Program ini mempunyai library Morse yang dikonfigurasikan - Anda boleh menentukan kod Morse anda sendiri dan teks yang berkaitan dengannya. Sebanyak 128 karakter dapat dipaparkan untuk simbol tunggal kod Morse!CWCom boleh dikonfigurasikan untuk menerima input dari sebuah kunci Morse, dengan menggunakan joystick port, port siri atau keyboard.

Untuk download klik sini CWCom
Info lanjut lawat website ini CWCom Website

2010/09/14

Siapakah 9W2SIK-Tokwan

Allah itu maha mengetahui. Raya Aidilfitri tahun ini menemukan 9W2SIK-Tokwan. Air di cincang tidak akan putus melainkan kita sendiri yang merosakannya. Aku bersyukur alhamdulillah rupanya beliau adalah sedara kepada ayah ku 9w2kcn-Pak Mudi. So anak beranak, sepupu sepapat ada callsign. Itulah ke unikan radio amator selain hobi ia jugak dapat menjalin persaudaraan. Pangkat tokwan dengan aku ni adalah cucu beliau. Aku memang tidak menyangka semua ini. Walau apapun aku masih lagi ada tokwan. Aku doakan semoga tokwan dan tok sihat sejahtera, dimurahkan rezeki dan panjang umur.

2010/09/05

New semester coming after raya

4 sept sabtu register untuk semester 3. Tu la sebab aku tak berani nak janji apa2 dgn rakan2. Aku dengan komitment aku. So mana2 rakan yang aku telah berjanji nak buat itu dan ini. Mohon seribu kemaafan. Kadang2 tak sempat nak buat semua. Lain kali insyallah. Subjek pecah kepala lepas ni.

2010/09/02

Keputusan CW Exam 2 Sept 2010

Seramai 33 orang mendaftar untuk ambil CW Exam. 2 orang tidak hadir dan yang lulus CW pada hari ni seramai 8 orang. Tahniah kepada yang berjaya dan yang tidak berjaya cuba dan cuba lagi. Jangan putus Asa. Insyallah satu hari nanti anda akan berjaya. Sedikit usaha lagi insyallah di masa depan anda akan berjaya.
Antara rakan 9M2 yang datang memberi sokongan 9M2RIE, 9M2AIR, 9M2NAS, 9M2AU, 9M2RS, 9M2WT, 9M2ZC, 9M2MRL, 9M2ALL dan 9M2YOT. Thankyou all. Tak lupa jugak kepada rakan2 9W2 yang turut memberi sokongan antaranya yang sempat saya jumpa 9W2MDY, 9W2BMX, 9W2FJO, 9W2JBD dan yang lain2.

Keputusan tidak rasmi 8 orang telah lulus:-


1-9w2lmf
2-9w2bjt
3-9w2trx
4-9w2cln
5-9w2ogh
6-9w2bal
7-9w8sya
8-9w2mhg

Tahniah pada rakan saya ini kerana lulus CW:-

9w2bjt tahniah lulus

9w2lmf tahniah dah lulus

9w2bct cuba lagi bang adi mungkin kali ni bukan rezeki anda lagi.

Jawapan Penghantaran:

VVV SYAWAL MAKIN HAMPIR. UMAT ISLAM MULA SIBUK BERSIAP UNTUK SAMBUT AIDIL FITRI YANG BAKAL TIBA TIDAK LAMA LAGI. GEDUNG BELI BELAH JADI TUMPUAN SEMUA. KECIL BESAR TUA MUDA TURUT TERUJA UNTUK SAMBUT HARI RAYA.

Jawapan Angka:

16072 63544 72910 38221 98910 25809 43677 56834 74396 55017

Gambar Sekitar CW Exam

Morse code trainer