2007/12/25

23/12/2007 eyeball di local sik


Balik kampung eyeball dengan rakan local sik. Dari kiri 9W2FL (Fadzil), SWL Cher dan SWL Amirul.


Sambil pergi majlis pertunangan sempat eyeball dengan 9M2MZ (pak marzuki) di rumah beliau di Jeniang.



2007/12/14

Eyeball dengan 9W2MTX dan 9W2MTT 11/12/2007

Kebetulan berjumpa dengan mereke berdua atas urusan kerja. Sebelah kanan 9w2mtx Robert dan sebelah kiri 9w2mtt Basir

2007/12/04

Sejarah: Repeater 9MN359 - Gunung Raya (9M4RGR)


Repeater ASTRA 9MN359 di Gunung Raya, Langkawi, ialah repeater yang pada asalnya untuk Gunung Keriang, Alor Setar, Kedah.
Cadangan awal untuk pemasangan Repeater Gunung Keriang dibuat oleh 9M2HN dalam Mesyuarat JPA pada 5 April 2003. Untuk memulakan projek berkenaan, 9M2HN merupakan penyumbang pertama untuk menjayakan Projek Repeater di Gunung Keriang.
Usaha untuk mendapatkan sumbangan selanjutnya diserahkan kepada ahli- ahli ASTRA dalam Daerah Kota Setar.
Dalam Mesyuarat JPA pada 21 Jun 2003, 9M2RR memaklumkan bahawa Repeater Gunung Keriang telah mendapat Callsign 9MN359.
Walaubagaimana pun, dalam Mesyuarat JPA pada 27 March 2004, keputusan telah dibuat agar Projek Repeater Gunung Keriang dibatalkan. Ini adalah disebabkan kurang mendapat sumbangan, kerjasama dan sokongan dari ahli-ahli ASTRA Daerah Kota Setar.
Setiausaha Kehormat (ketika itu) mengemukakan cadangan agar Repeater 9MN359 dipindahkan ke Gunung Raya, Langkawi, berasaskan beberapa alasan seperti belum ada repeater radio amatur di pulau berkenaan, untuk kegunaan orang tempatan dan pelancung dari dalam dan luar negara, serta operator/ MM yang berlabuh di Langkawi. Selain dari itu, tujuan utama pemindahan repeater berkenaan ialah untuk kegunaan pelawat-pelawat dari dalam dan luar negara yang menyertai dan melawat LIMA 2005. Repeater 9MN359 hendaklah dibuat seperti Repeater ASTRA di Bukit Dedap iaitu "local & linking".
Pada 17 April 2004, kerja-kerja pemasangan Repeater ASTRA 9MN359 di Gunung Raya, Pulau Langkawi, mula dijalankan. Ianya diketuai oleh 9M2RR (Pengerusi Biro Komunikasi, Teknikal & Repeater ketika itu),
dan dibantu oleh 9W2KZ, 9W2AU, 9W2QS (Pengurus ASTRA Langkawi ketika itu), 9W2FL, 9W2RZ dan 9W2CB.

Dipetik dari:
Hompej Rangkaian Repeater ASTRA
Januari 2005

Morse code trainer