2010/07/29

Protoge dah LULUS- Tahniah Ramli


Tahniah pada anda ramli atau lebih di kenali dengan "Rem". Berkat usaha anda dah lulus pun. so boleh pkiaq callsign apa nak guna. Kepada rakan swl lain bang jeff v47 tahniah jugak dah lulus. Sesungguhnya kejayaan adalah milik anda. Semua berhak berjaya dengan usaha dan tabah menghadapai kegagalan. Jadi tahniah pada semua rakan2 swl yang lulus. Yang gagal jangan berputus asa cuba lagi.Insyallah satu hari nanti anda akan berjaya. Tahniah...tahniah dan jangan lupa anda perlu mengajar rakan2 swl yang baru semoga kesinambungan berterusan sampai bila-bila. Insyallah. Perihala semangat "Ham Spirit" itu sendiri. Jangan di nodai. Sama2 kita membangun dengan hati yang bersih. 73

De 9M2RIE


MoDe







2010/07/23

Senaman Mata

SEDARKAH ANDA. PENGLIHATAN ANDA SEMAKIN KABUR…

Sedarkah anda, banyak aktiviti harian anda menyumbang kepada kerosakkan mata anda. Setiap hari anda melemahkan daya penglihatan anda tanpa anda sedari. Satu yang membimbangkan. Dan lebih merugikan anda terpaksa menghabiskan ratusan ringgit malahan ribuan ringgit untuk mata anda. Mahukan anda saya tunjukkan cara menggurangkan power cermin mata anda dari terus naik.

Atau kebarangkalian tinggi menggelakkan anda dari mula memakai cermin mata. Ini bukan omongan kosong kerana senaman mata telah dihasilkan semenjak tahun 1919 oleh pakar ophthamology di negara barat. Sehingga sekarang kajian diteruskan sehingga menghasilkan pelbagai jenis senaman mata. Melalui ujian yang dibuat mendapati senaman mata mampu meningkatkan daya penglihatan anda, mengurangkan kekaburan dan menguatkan otot mata. Ingin mencuba senaman mata yang mencabar danmembantu menguatkan penglihatan???

Anda diberikan gambarajah dua bulatan seperti dibawah

Anda perlu menghasilkan bulatan ketiga dengan daya penglihatan anda. Mampukah anda menghasilkan bulatan ketiga berdimensi??? Bulatan ketiga yang betul akan terapung di atas permukaan kertas.



2010/07/22

Jangan mempermainkan semangat HAM.

Kalau maksud "ham spirit" itu tak tahu tak payah bercakap banyak. Ada orang tahu sebut, tapi tak tahu apa itu "ham spirit". Jangan terlampau taksub dengan seseorang. Mungkin anda di butakan atau di belenggu oleh orang yang mengambil kesempatan. Anda jangan terpengaruh dengan kata-kata. Orang yang mengambil kesempatan ini terus terang saya katakan, penuh dengan agenda masing-masing. Hati-hati memilih kawan. Baru berkawan setahun jagung anda kata bagus. Jadi berhati-hatilah.
Orang yang tak menghiraukan apa itu sahabat, kawan, ikatan silaturahim dan sebagainya sudah pasti tidak ambil peduli. Yang dia tau untung saja. Beringat kadang-kadang satu masa anda berada di atas, anda boleh buat apa saja. Tetapi jika anda jatuh, koyak, rebah dan bergulung sudah pasti anda berada di bawah. Kemungkinan anda menerima balasan atas apa yang telah anda lakukan. Sesuatu yang buruk itu akan dibalas dengan buruk.
Kepada semua berhati-hati bercakap, memilih kawan dan jangan terlampau taksub dengan sesuatu samaada orang ataupun kebendaan. Anda perlu sedar dan bertindak jika anda sedang di permainkan. Bila anda terlambat, memang susah nak berpatah balik mungkin ketika itu anda di kaburi dengan kemewahan, keselesaan dan ketaksuban.
"Jangan jadikan hidup anda dikaburi dan jangan mempermainkan semangat HAM itu sendiri"

2010/07/19

Berita Kebajikan



INFO ini daripada blog Astra Tengah:

ASTRA WILAYAH TENGAH baru mendapat berita bahawa seorang rakan ham kita iaitu Saudara Mohd Hamizi bin Mohd Ariffin callsign 9W2ZEY (keahlian ASTRA #0374) baru ditimpa musibah. Kediaman beliau dan keluarga di No. 11, Tmn. Sri Nanding, Hulu Langat, Selangor telah hangus dalam satu kebakaran pada 11hb Julai 2010 baru-baru ini. Alhamdulillah, beliau dan keluarga terselamat tetapi kediaman dan segala barang-barang dan dokumen penting beliau hilang 100% dalam kebakaran tersebut.

Lihat disini: http://www.youtube.com/watch?v=FY7HjwB4HcM&feature=player_embedded

Dengan ini ASTRA WILAYAH TENGAH melancarkan kutipan derma kilat bagi membantu saudara kita 9W2ZEY agar dapat meringankan beban yang ditanggung beliau. Segala sumbangan wang ringgit boleh disalur terus kepada akaun bank beliau seperti di bawah:

Nama: Mohd Hamizi bin Mohd Ariffin
Akaun: 112380222686
Bank: Maybank Berhad

Jika anda berhajat menderma barangan atau mendapat keterangan lanjut, bolehlah menghubungi beliau di talian 012-6409537.

Sekian, terima kasih.

2010/07/15

Gambar Kenangan


Minggu lepas aku dah habis kelas pondok aku. Masa yang ada aku jumpa rakan-rakan lama di Seksyen 6, Shah Alam. Lama betui tak jumpa depa ni. Kebetulan di situ Astra tengah ada buat pameran radio amateur. So aku join diorang lah kejap. Kebetulan tu pulak aku kena tarik tali orang tak berapa ada. Tak apalah join saja. Boleh jugak hilang tension blaja di kepala hotak aku ni. Masuk final tarik tali jumpa mbsa. Mak aaiiii tak tertarik depa ni lengan semua besaq peha aku pergh........segala angin yang ada dalam badan semua keluaq......fuuhhhh aku puashati hari tu dapat jumpa kawan dan sahabat lama. Thankyou all.......

2010/07/14

Disiarkan sempena 2 OGOS 2010

Ulangtahun Penubuhan ASTRA

Ada yang telah pergi dan tidak akan kembali lagi !


from:Ahmad Kamel Kasim Email: my9w2ax@yahoo.com
Wednesday, 14. July 2010 02:52 PM +0800

Gambar yang highlight dengan petak merah adalah ayahanda saya iaitu 9W2KCN- AMUDI



2010/07/01

Bersyukurkah Anda?

Tak ada kata yang aku boleh komen.....
Anda sendiri boleh lihat......
Boleh terjemah mengikut kefahaman anda sendiri......
Bertapa susahnya mereka di negara sendiri.....
Mana ibubapa si anak ini?......
Apa yang terjadi kepada ibubapa mereka?
Si abang sanggup menjaga adiknya, pikul tanggungjawab.....
Susu tak ada air masak ibarat susu......
Hidup susah dengan peperangan, peluru macam mercun "bola"....
Kesempitan hidup, miskin, tidak ada harta..........
Bersyukurlah anda.

Morse code trainer