2010/06/16

2- Menarik ni kepada pengemar morse code



Morse Code Widget for S60

Dengan teknologi yang ada sekarang ini. Morse code anda boleh di mainkan di telefon bimbit anda. Ia mudah kerana anda tidak perlu membawa notebook atau komputer riba anda kemana hanya dengan install software ini ke telefon bimbit anda. Tapi setakat ini hanya untuk telefon bimbit yang nokia sahaja. Ini semua kebetulan. Jika telefon bimbit lain boleh itu satu kemudahan untuk anda. Aplikasi Morse Code Widget for S60 ini di bina dengan dengan gabungan HTML dan Javascript.

Morse code S60 Widgets memberikan beberapa kemampuan di bidang ini.Widget ini adalah teks-ke-Morse Code penterjemah. Widgets memuat teks yang anda taip di dalam dan mengubahnya menjadi Kod Morse baik melalui beep, kilatan cahaya, atau getaran pada peranti anda.

Aplikasi ini tidak menyokong nokia N93-3. Aplikasi ini hanya di boleh mainkan pada S60 yang lebih baru.

Untuk download klik sini

Lihat ini


2010/06/12

Aku dah mula sibuk dengan sem baru ni....


Salam,
aku dah mula sibuk dengan study aku, kerja aku dan family aku. Hari ni anak aku demam plak. Pagi jumaat tu aku EL halfday petang xyl aku plak halfday. So pakat2 lah. So bab anak aku tu dah settle jumpa dr dan dpt rawatan. Cuma yang aku tension, siang main ok saja. Masuk malam saja badan dah mula panas. Benda macam ni aku berapa suka. Tapi nak buat mcmana dah takhdir namanya.

Balik pada study aku plak. Sekarang tengah sibuk buat assignment. Fuh ada 2 assignment yang format dia berbentuk tesis. Macam ambik master la pulak. Tapi aku layan saja. Result sem 1 dah keluaq. Alhamdulilah syukur result sangat memberansangkan. Terima kasih pada ibubapa aku yang mendoakan kejayaan aku. Tak lupa pada xyl aku yang bagi semangat dekat aku. Kepada anak aku. hari2 tanya "abah nak pergi sekolah ker" heheheh yer saja aku. Tak lupa jugak pada rakan amator yang memahami serta memberi kata semangat dekat aku terutama geng2 adarc47.

So jika audio tak dengar di udara bukan apa. Mungkin sibuk dengan tugasan dan sebagainya. But aku still monitor band2 yang aku minati di vhf atau di hf. So rakan2 kalau ada apa yg aku boleh bantu sms ker, call ker dsb. Jumpa lagi semua.

2010/06/10

Mari Kita Buat Perubahan Pada Diri Sendiri

سُوۡرَةُ العَصر
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


وَٱلۡعَصۡرِ (١)
نَّ ٱلۡإِنسَـٰنَ لَفِى خُسۡرٍ (٢)
لَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلۡحَقِّ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلصَّبۡرِ (٣)
Al-Asr
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Demi Masa! (1)
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; (2)
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. / (3)


Terima kasih kepada bro "joe" atas nasihat dan pandangan. Sesungguhnya manusia (saya) terlupa dan suka membuang masa kepada benda2 yang tak berfaedah. Setiap apa2 perkara sebaiknya ada pengisian. Barulah ada makna dan berkesan.

2010/06/09

Sumbangan Kepada Keluarga 9W2ZKI Saudara Mohd Zuki

Info daripada blog Astra Tengah

Sumbangan Ikhlas

"Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan “Innaa lillahi wa innaa ilaihi raajiuun”. Mereka itulah yang memperoleh keampunan dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk".
(Al-Baqarah: 155-157)


Salam sejahtera,

ASTRA Wilayah Tengah menganjurkan kutipan derma kilat untuk membantu 9W2ZKI Saudara Mohd Zuki, base station Sg. Besar, bagi mengurangkan bebanan yang ditanggung beliau.

Dalam kemalangan yang berlaku pada 11.00pagi hari Sabtu 5/6/2010, XYL beliau kemalangan jatuh motorsikal bersama 2 harmonik beliau. XYL beliau yang cedera parah di kepala telah dikejarkan ke Hospital T.A. Rahimah, Klang, harmonik lelaki berusia 6 tahun yang cedera parah di perut di hantar ke Hospital Teluk Intan dan harmonik perempuan berusia 3 tahun menerima rawatan pesakit luar di Hospital Sabak Bernam.

Setelah berbagai usaha pihak hospital menyelamatkannya gagal, XYL beliau telah menghembuskan nafas terakhir pada 6.00pagi Ahad 6/6/2010 . Jenazahnya telah selamat dikebumikan pada hari yang sama di tanah perkuburan Kg. Sg. Haji Dorani, Sg. Besar. Pada hari yang sama, harmonik lelaki beliau menjalani pembedahan di perut dan selesai pada 10:30malam dan keadaan beliau sudah stabil buat masa ini. Harmonik perempuan beliau masih dalam keadaan trauma kerana kehilangan ibu tersayang dan juga kerana masih menyusu badan...

Menyingkap kembali sejarah 3 tahun lepas, Saudara Zuki pernah kehilangan 3 harmonik serentak dalam kejadian lemas di kampung beliau di Ulu Mahang, Kulim, Kedah.
(Sila lawat link dibawah.)

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=1014&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_06.htm

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=1013&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm

Sesungguhnya dugaan dan cabaran yang dihadapi oleh Saudara Zuki amat berat terutama dari segi emosi. Semoga beliau tabah mengharungi kehidupan yang mendatang. Sumbangan dan pertolongan rakan-rakan amat bererti bagi beliau yang tertekan dalam keadaan sekarang.

Derma ikhlas daripada seluruh warga radio amatur atau sesiapa yang mengenali beliau boleh disalurkan terus kepada akaun beliau. Berikut adalah butiran akaun untuk
menderma:

Bank : Maybank Berhad
Akaun no : 162047615412
Nama : Mohd Zuki bin Abdul Majid


Dalam hidup bermasyarakat, sama-samalah kita mendoakan kesejahteraan arwah XYL serta keluarga kepada Saudara Zuki. Berilah saudara kita ini kekuatan dan harapan agar tabah menghadapi kenyataan.

Dermalah seikhlas mungkin, Allah pasti akan membalasnya dengan ganjaran yang lebih baik…

"Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai: seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui".
(2:261)


Al-Fatihah.

2010/06/03

What is "Eyeball"



What is the meaning of Eyeball. Amator radio in his meeting with one another directly. Eyes met the eyes. What is more accurate meaning of "Eyeball" the eyes of amator radio. Eyeball concept but almost this much misinterpreted. Eyeball Usually this happens after a two-way communication using the radio. To better know the person at the meeting did. Sometimes, when the QSO in the air is not much that can be asked anything. For example the issues of political, religious, and most can not is amator radio communication was traded for their own gain. Need to remember not all things can be made arbitrarily. We need to honor a friend who Eyeball. Came to eye on friendship. Some took the opportunity to make money by selling or demonstrating products sales. When that is the case whether the actual meaning of Eyeball itself. If you want to trade or sell any products not on the Eyeball. Things like this should be discussed at another time is not the Eyeball. Why is this happening. Amator radio in this thing is unique in terms of friendship are very close. Try to imagine this particular amator radio networking in malaysia is vast. Because the word "networking" is causing a person to take the opportunity to sell their products. I can not but not the Eyeball, was in the other. I plainly do not respect and love but hate crazy with this act. We must respect the other fellow Eyeball at the time. So think about it, do not do stupid things. Such acts will impact on your own. A little friendly with the other partners will be lost. Believe me one day people will flee from you. At that time you will feel yourself in confinement. So take to heart what the meaning of "Eyeball" itself. Do not be foolish and stupid ........

Morse code trainer