2009/03/30

Baru Tahu CW Tu Langit Tinggi Ke Rendah



Memang benar bro2 susah nak jadi 9M2's ni. Kalau bro2 tak percaya silakan. Mulakan dengan belajar mendengar....lepas tu menghantar cw "orang cakap". Sendiri cakap fuhhh!! susah beb.

Memang benar anda cakap 'bukan semua benda senang nak dapat' melainkan dengan usaha,gigih,tabah,cekal,tahan dan sebagainya. Saya ingin menceritakan bukan kesal belajar cw ni. Cuma penghargaan harus diberi kepada yang lulus. Yang selainnya bro2 pikiaq la sendiri.

Lagi satu semasa bro2 9w2's kalau boleh sebelum anda kahwin elok la blajaq cw ni. Bukan apa komitmen adalah penting. Kalau dah kahwin nak ambik jugak takde masalah. Ambik saja la. Yang bujang no hal belajaq la bersungguh-sungguh bukan ada tanggungjawab lagi.

Kalau anda teringin nak belajar cw ini carilah 9M2's untuk jadi cikgu. Dia lebih tahu daripada anda macam mana nak lulus exam cw ni. Anda tanya dia macamana susah cw ini. Dia akan jawab "memang susah". Tapi dengan tunjuk ajar diaorang saya rasa boleh berjaya.

Mungkin bila anda dah balajar cw ni. Rasanya dah boleh ambik exam ,pergi jer ambik exam. Mungkin masa tu anda dah sampai peringat macam dalam gambar tu. Pada peringkat ini anda telah berjaya la kot. Kalau dah sampai ke kubur ingat CW anda memang power.






Jadi selamat menduduki Morse Code Exam. Semoga anda semua berjaya.!!!!. Cerita ini tidak menyentuh mana-mana pihak. Ia sekadar luahan bertapa susahnya nak mempelajari CW. Good Luck.

No comments:

Morse code trainer