Minggu lepas outstation lagi. Kali ini aku ker desaru pulai beach resort "family day". Seramai 30 biji keta berkonvoi ke sana. Concentrate pada pemanduan, tak masuk repeater mana2. Just listen saja.
Sementara sampai ke hotel tu. Sempat masuk ke repeater astra local pulai kalau tak salah. Ada rakan menyahut iaitu 9W2KHE- EPI. Alhamdulilah bertambah lagi rakan2 amator saya ni. Terima kasih pada anda yang menemani saya sehingga ke hotel. Alhamdulilah epi ni berminat dengan "CW". Insyallah saya akan tolong anda setakat yang boleh.
Macam-macam aktiviti disana yang di kelola oleh UMcced (Universiti Malaya centre of continuing education).
Gambar belom di upload lagi. Tahan battery camera aku. 3 hari takde masalah sony dslr 230. Antara aktivit dia adalah melawat zoo singapore, Singapore Durian Convention Center, Singapore Skyline, Sultan Mosque, Near Sultan Mosque, Raffles Hotel ( hotel paling mahal) dan macam2 lagi tak tersebut disini.
Perjalanan balik hari ahad singgah di Ayer Hitam nak beli kerepek. So jalan pun tak berapa tau sangat. So calling rakan2 amator di v51. Alhamdulilah rakan swl Sham menyahut daripada kluang. Terima kasih banyak2 bang sham dan guide saya ketempat menjual kerepek dan macam lagi. Saya sempat berntanyakan rakan saya 9W2JEK- JEK. Mengikut info yang saya terima xyl beliau sudah menunggu masa untuk bersalin. Tahniah pada anda jek "welcome to the club".
Aku meneruskan perjalanan aku sehingga ke "Air Keroh". Berenti sekejap, buang apa yg patut. Aku monitor di local repeater melaka. Sempat jugak aku qso dengan 9w2usm- Bang Mus, 9w2mfi- Bang fahmi ( adik kpd Joe), seorang rakan lagi Allah terlupa callsign dia "sham" namanya dan tiba2 ada lagi rakan yang menyambut 9w2mtt- bang basir. So sembang punya sembang, bang mus ada bagi info highway daripada senawang menuju ke K.L jem teruk. So nak kena cari jalan lain ni. Bang fahmi adik kepada Joe putrajaya advise saya masuk ke jalan lama iaitu simpang empat. So terima kasih rakan-rakan melaka dengan qso yang macam kenal rapat. Pada saya radio amator ni memainkan peranan yang boleh mengeratkan tali persahabatan. Itu yang saya lihat, pandangan orang lain saya tak tahu.
So bermula aku ikut ke jalan lama menerusi susur keluar ke simpang empat. Perjalan aku terus sampai ke Rembau. Singgah sekejap dekat pekan rembau isi minyak. Sebelum sampai ke sunggai gadut radio aku stop dekat v22. Ada rakan qso ni, sama macam aku untuk mengelak jem. Aku pun blur sekejap banyak rupanya malam tadi jem. So aku contact masuk, qso dengan 9w2bdl- Bang badrul, 9w2nie- a.k.a kamal dan 9w2bkn-bang azman. Rakan seorang lagi saya tak berapa dengar. Depa ni advise saya pulak daripada seremban menuju ke "highway lekas" sebabnya jalan masih jen di highway seremban. Daripada "sungai gadut" aku di bantu oleh 9w2bdl- bang bad dan daripada area senawang ke highway lekas aku di bantu oleh 9w2nie-bang a.k.a kamal. Terima kasih anda berdua. 9w2bkn-bang azman dah selamat sampai ke higway "lekas". So banyak2 terima kasih kepada mereka berdua ni. Depa guide aku sampai ke "highway lekas". Untuk pengetahuan anda semua highway ni masih lagi freeeeeeeeee tak payah bayaq. Yang menariknya depa berdua ni turut berminat dalam cw. bang kamal masih baru dan baru lulus RAE. Tapi alhamdulilah depa ni berminat untuk belajar cw. Insyallah saya jugak akan turut bantu mereka setakat mana yang boleh.
Dalam perjalan di highway lekas dan memang "lekaih" orang kedah cakap lekaih tu cepat. Aku di sapa oleh 9w2rev- Bang mazlan. Dia di beranang umah mak mertua rasanya. Kata dia baru lepas incident di samping baru tukar kerja ke tempat baru. Banyak benda yang di ceritakan oleh bang mazlan. Kepada bang mazlan bersabar banyak-banyak itu semua dugaan daripada Allah swt. Kita hanya mampu menerima dengan redha apa saja yang menimpa kita. Itu sebab dia busy dan lebih sebulan tak belajar cw. So bang mazlan ini sebenarnya hobi saya settle kan benda atau pekara2 yang penting dahulu. Bila dak ok boleh sambung balik belajaq cw. Saya macam biasa, bagi semanagat pada mereka yang nak belajar cw ini. Sebenarnya saya boleh bantu sedikit saja yang selebihnya diri sendiri nak kena buat. So bang mazlan semoga anda tabah dan succes dalam kehidupan seharian.
Mana2 rakan yang berminat cw itu saya doakan semoga anda berjaya. Ilmu tak perlu disimpan di dalam peti besi, dan tak kemana pun kalau tak di amal dan di ajar.
So aku sampai umah lebih kurang pukul 10.30 malam. Badan letih. So masa untuk rehatkan badan dan minda. Selepas ni banyak jugak aku nak kena buat di samping kelas di hujung minggu.
1 comment:
terima kasih di atas QSL Card yang dikirimkan. Hihihihi sehingga kini masih menyimpannya dengan elok. 73 de 9W2KHE
Post a Comment