2009/07/08

BASIKAL TUA

Gambar di atas menunjukan sebuah basikal tua atau di kenal BASIKAL RALEIGH.Dulu aku pernah naik gerek (orang kedah cakap) ni masa duduk di kampung. Masa tu sekolah lagi. Gerek macam ni biasanya ada galang atau besi di tengahnya. Ni yang membuatkan aku teringat masa dulu. Apabila kayuh dengan laju dan kaki tak sampai ke tanah dan tiba ternampak lubang dari jauh. Biasanya apa yang anda buat. Mesti anda tekan brake secukupnya. Tapi oleh kerana laju sangat brake pun tak guna. So masuk dalam lubang tu dan anda terduduk dekat besi galang tu. Fuhh!!! apa rasanya. Sakit nak mampuih! lepas tu plak kaki tak berapa sampai ke tanah terbalik pulak.
Tu lah kisah sedikit sebanyak aku dulu naik gerek tua ini. Kalau anda perhatikan dari brake dia masa tu memang terbaik la. Tapi kalau dah tak tukaq apa jadi. Jawab dia anda terduduk la atas besi tu. Senak beb kalau kena teloq burung punai. Lagi satu kebanyakan sit atau tempat duduk gerek tua ni besaq. So kalau punggung besaq mana pun boleh duduk, kalau terentak pun tadak apa sebab ada spring. Tapi kalau basikal yg moden sekarang ni sit tu kecik sikit. kalau terentak takut masuk ke punngung....hehehhehe.

Syarikat Raleigh ni pernah keluarkan jenis basikalnya antara:-
1969 Robin Hood (Raleigh) Sports

1970 AMF-Hercules (Raleigh) Sports

1970 Raleigh Twenty

1971 Raleigh Sports

1972 Raleigh Sports

1973 Raleigh Sports

1974 Raleigh Sports

1974 Raleigh Sprite

1978 (?) Raleigh Gran Sport Tourer

1979 Rudge DL-1 Roadster

1980 Raleigh Sports

Info daripada satu blog basikal tua. Menurut info harga sekarang gerek rm300 ke rm500. Agak mahai jugak.

So apa kaitan sebenarnya topic basikal ni dengan aku?. Aku pun tengah dok cari basikal untuk join rakan2 aku la ni dah dok kayuh merata. Badan depa jadi kuruih bila berkayuh ni. Aku teringin nak beli basikal macam di bawah ni. Tapi ahh mahal gila.


700c FUJI TEAM (EURO) 2009Y

Harga taktau berapa. Insyallah kalau ada rezeki dapat. Tapi tu boleh ka aku bawa basikal ni sit kecik badan boleh tahan tegap.....heheheheh.

No comments:

Morse code trainer