2009/07/14

Program Hari Keluaga Astra & Makan Durian di Sik Kedah

Jawatan Kuasa Pengurusan ASTRA yang bermesyuarat pada 4 Julai 2009 telah menetapkan program berkenaan akan berlangsung pada ketetapan berikut :


Tarikh : 24 & 25 Julai 2009

Lokasi : KEDA Resort, Bendang Man, Sik, Kedah Darul Aman.

Bayaran : RM 3.00 (sewa tapak perkhemahan sahaja)


Semua ahli ASTRA yang berdaftar adalah dijemput hadir sama ada secara individu atau berkeluarga. Chalet dan tempat penginapan lain adalah terhad dan ahli digalakkan membawa khemah dan lain-lain keperluan sebagai persediaan.

Bersama ini disertakan juga tentatif program berkenaan.


Hari Pertama : 24 Julai 2009

· Pendaftaran ahli serta keluarga

· Minum petang

· Aktiviti "Salam Kontek Kenal QSO di Daratan" (Majlis Eyeball)

· Makan Malam

· Solat Maghrib & Majlis Tahlil

· Solat Isyak

· Majlis Perasmian

· Majlis Santai & Karaoke

· Rehat


Hari Kedua : 25 Julai 2009

· Solat Subuh

· Sarapan Pagi

· Sukaneka

· Fox Hunting

· Majlis Penyampaian Hadiah & Cenderahati

· Makan Tengahari

· Majlis Bersurai


Sebarang pertanyaan, sila hubungi;

· 9W2HLM - 019 4123 052

· 9W2MYR - 016 538 5385

· 9W2BPT - 019 576 2734

· 9W2CRE - 019 402 2990 (Pengurus ASTRA Negeri Kedah)


No comments:

Morse code trainer