Salam semua amateur radio di Malaysia Khasnya.
Kepada rakan swl saya tidak meninggalkan anda sendirian insyallah. Minggu depan anda semua akan berjuang dalam RAE. Sedikit tips ye! yang boleh di kongsi bersama.
1. Minggu terakhir anda tidak perlulah membaca semua theory, sop dengan detail sebaliknya mengingati apa yang telah di baca. Kalau baca hanya untuk fresh up your mind.
2. Seperti mana saya dulu. Minggu yang akhir ini sebaiknya anda perlu menjawap soalan objektif dan mencari jawapannya sahaja. Banyak soalan anda boleh dapati di internet, blog rakan2 amateur dan hardcopy.
3. Tidur awal. Anda akan tenang menghadapi Exam.
4. Persediaan ketika masuk ke dewan. Anda perlu datang awal sebolehnya. Sebabnya kalau anda lewat. Anda akan tergesa-gesa dan tergopoh-gapah apabila menjawab RAE. Bila anda datang awal pemikiran anda akan menjadi tenang di sebabkan masa yang awal itu anda sempat membuat semuanya seperti mencari parking kereta, semak soalan (fresh-up) dan semak document yang perlu. Jangan lupa membawa pensil 2B, pen. getah pemadam dan kalkulator. Pensil kena asah....bagi tajam.
5. Ketika memasuki dewan peperiksaan bacalah doa atau ayat al-quran yang anda tahu. Bagi yang bukan muslim anda juga perlu berdoa dan bertakafur untuk kejayaan anda. Ini dapat menolong anda menghindari daripada terlalai dan sebagainya. Syaitan tidak suka kepada majlis ilmu. Bacalah apa yang patut.
6. Kebiasanya soalan RAE di sediakan dalam dwi- bahasa ( bahasa melayu dan English). Anda perlu memilih bahasa mana yang menjadi keselesaan dan memudahkan anda. Pada saya, saya akan pilih dalam English. Sebabnya kebanyakkan buku yang menjadi reference dalam bahasa inggeris. Tidak menjadi kesalah jika anda paham dalam bahasa melayu. Cuma kadang2 bahasa melayu dari segi makna agak berlainan dan maksud yang panjang. Tapi itu tak menjada masalah. Saya percaya masa yang di berikan sangat cukup dan berlebihan. Percayalah!. Anda boleh membaca dalam english dan jika anda tidak paham cuba baca dalam bahasa melayu. Insyallah.
7. Jika masa di berikan selama 2 jam contohnya. Masa itu anda dah berjaya menjawab semua soalan. NASIHAT SAYA jangan keluar awal. Lagi 15 minit ok lah. Bukan apa rakan2 semua. Dengan masa yang ada masa tu buat semakan SEBAIK MUNGKIN. Anda mengambil bukan free ye!. So anda perlu bertanggungjawab pada diri anda buat semakan. Manalah tahu soalan yang anda tak tahu akan dapat jawapannya. Jika anda tidak berbuat demekian, kalau anda lulus ok alhamdulilah. Tapi jika anda GAGAL nanti anda akan jawab "menyesal aku tak semak betul2. Aduhai. Kena duit lagi nak ambil exam ni lagi".
8. Lepas dah selesai semua, tawakal kepada Allah anda dah berusaha.
9. Sengaja saya letak di akhir tips ini. Sebelum anda menduduki RAE exam. Pertama berdoa pada diri sendiri. Kedua mintak restu kedua ibubapa. Saya pasti mereka pun heran " exam apa plak anak aku nak ambil ni" insyallah mereka akan berdoa demi anak. Saya pun masih buat sebegini. Ketiga mintak restu ISTERI. Sebabnya sekarang ini beliau paling dekat. Yang terakhir menyelami anak2. Walaupun anda tanya anak anda. Anak:" abah lulus tak exam ni" insyallah dia akan kata lulus. Tapi anda jangan tanya anak:" abah gagal tak exam ni" Memang dia akan jawab gagal. Itu fitrah manusia ketika menjadi dewasa.
So Good luck untuk anda semua rakan2 SWL yang menghadapi akan "RAE"