Firman Allah SWT, “Akan ditimpa kehinaan ke atas mereka itu di mana saja mereka berada melainkan menghubungkan diri dengan Allah dan menghubungkan diri sesama manusia”.
Justru itu, dikatakan ibadah dalam Islam tergolong kepada dua(2) bahagian utama, iaitu:-
1) Hablumminallah
2) Hablumminannas
Hablumminallah, ialah ibadah manusia berhubungan dengan Allah, dan lebih bercorak individu.
Manakala, Hablumminannas ialah ibadah manusia berhubung dengan manusia.
Allah SWT memperingatkan kita bahawa akan ditimpa kehinaan di mana saja kita berada jika kedua soal ibadah tersebut tidak dapat ditegakkan.
Pengertian HABLUMMINANAS.
Ia merupakan suatu persyarikatan manusia dalam mana satu-satu individu itu adalah seikatan dengan keluarganya, jirannya dan masyarakatnya.
Dalam radio amateur sendiri perlu ada ibadah seperti ini. Kita tak perlu memperlekehkan sebalik mencari apa yang di maksudkan. Jika abidah ini tidak ada. Tak ada gunanya kita bermain radio. Kita perlu sepakat dan membawa berkat.
No comments:
Post a Comment