2010/03/31

Saja-saja

Malam tadi lepas siap kerja aku. Jari aku geram tengok key tu. Kebetulan echolink on. So aku try masuk qso dengan cw. Alhamdulilah ada orang menjawap iaitu Aimil-9M2AUR. Apa lagi tekan la. Tapi tu lah dah lama tak tekan macam2 bunyi keluar. Copy tetap boleh copy. Lagi satu cara cw qso aku dah byk lupa. So nak kena practise. Nasib ada aimil boleh betulkan apa yang salah. Aimil pun lama jugak tinggal cw lebih kurang 6 bulan katanya. Kira ok lah bleh copy apa yang di hantar.

Apa yang menarik adalah. Jika masa belajar CW dulu dengan teknik yang betul dan berjaya membenam kan terus rhythm cw ke dalam minda. Insyallah kita boleh recall balik dengan cepat. Pengalaman aku memang betul benda ni. Tapi tu lah tatacara cw qso kena training balik la. Sekarang aku tak tumpu sangat cw qso ni. Sebab ada mission lain yang aku tengah buat sekarang ni. Tengok la lepas final exam ni. Aku cuba start balik.

Tak lupa jugak rakan baru saya 9W2LMF- Mr Ben. Salam kenal daripada saya mr.ben. Saya tahu anda boleh copy cw. So teruskan belajar cw. Jika ada masalah dengan cw jangan segan tanya, mungkin saya dapat membantu anda. Tak lupa juga rakan2 yang monitor terima kasih atas laluan.


2010/03/26

Selamat Hari Polis Yang Ke-203


Kepada rakan2 dan sahabat yang berkerja sebagai Polis. Selamat menyambut hari Polis yang ke 203. Selamat Maju Jaya. 73



2010/03/24

Kesibukan atau di sibukan


Demam cw exam dah tamat. So tahniah sekali lagi dan yang gagal cuba lagi. Sendiri pun 2 kali jugak ambik cw. Yang pertama gagal hanya minum "kopi mahal" saja sana sebab dah gagal yang exam pertama dulu. Aku dekat mcmc baru ni niat untuk memberi semangat pada rakan-rakan yang mengambil exam. Alhamdulilah ada yang success. Sebenarnya, seronok bila jumpa ramai2 ini. Tapi tu lah, aku half day pagi masa tu. Ptg aku pegi office balik.

Macam2 ragam aku tengok dan serupa macam aku ambik exam dulu. Jumpa rakan2 pun ramai. Dapat bersalam pun cukup la pada aku silatulrahim mesti di teruskan. Yang lepas jangan di kisahkan. Sekarang aku kena strait forward no patah balik belakang. Mission aku dulu yg pertama dah lepas. "Sapa tau mission aku". So sekarang aku ada mission kedua. Walaupun badan agak besaq, nak lari laju2 sangat tak boleh jugak, so pelan2 kayuh. Mission kedua aku complete insyallah la 2015. Tu pun kalau tak ada apa2hal lah.

Dekat base aku dah complete dengan equipment HF. Cuma masa dan keadaan saya yang agak terhad. Kadang2 aku monitor saja dan kadang2 aku tune satu frequency di 40m. Wow dasyat jugak dengan "antenna tunjuk" mfj ni. Hehehehe tak pa. Insyallah ones complete mission aku yang kedua ni. Insyalllah akan aku masuk ke ruang angkasa seantero dunia. Boleh aku kumpul2 award apa2 yang patut. Dah alang2 bermain HF main sampai lebam.

So insyallah akan sampai masa dia nanti. Sekarang ni banyak benda nak kena sacrifice. So usaha tangga kejayaan, setakat cakap saja tak boleh buat. Aku kena buat mission kedua aku ni dengan masa yang ada saja. So time management important and self learning. Takdak sapa yang boleh tolong aku selain aku kena buat sendiri. Yang lain tu cuma pemberi semangat.


So kepada rakan2 yang nak ambil RAE berusaha la bersungguh2. RAE semua technical, sop dan sebagainya akan di tanya. Lepas setahun kalau boleh mahirkan diri anda semua dengan cw. Bila dah mahir dengan cw, anda layak ambil cw. Di dalam cw bukan dia ada tanya soalan technical dan sebagainya. Cuma ayat2 akan di tanya. Ada yang cakap " aku tak mau ambik cw lagi" takut kena tanya pasai technical. Adakah anda tahu semua technical, sop dan sebagainya di tanya dan di uji masa mana?. Semua tu di uji masa anda semua ambil RAE kan. So semua orang dah tahu, itu cuma nak mengena atau betul2 tak tahu. So pada saya technical di uji pada anda yang mengambil RAE. Kalau tidak anda tak lulus RAE. Kenapa anda lulus RAE. Sebabnya, anda baca dan paham apa yang akan di tanya semasa RAE.

Ok itu saja daripada saya. selamat menjawab soalan RAE. Jumpa lagi. 73 All the best.

2010/03/18

Candidate Cw Exam Semalam

click to view

CW exam Text dan Number Semalam

SKMM LANCAR PELAN JALUR LEBAR NASIONAL. SASARAN PELAN ADALAH UNTUK CAPAI KADAR TEMBUS JALUR LEBAR BAGI ISI RUMAH DI SELURUH NEGARA PADA PARAS LIMA PULUH PERATUS PADA AKHIR TAHUN DUA RIBU SEPULUH INI.

91325 41608 53670 82981 07735
29705 36164 78099 15527 65406

Tahniah Yang Berjaya Dalam CW exam

Alhamdulilah selesai sudah CW exam. Kepada yang gagal, jangan berputus Asa. Cuba lagi di masa akan datang. Pada pendapat saya, pengalaman anda menduduki exam cw ini akan membuat semangat anda akan lebih usaha, Dimana anda sudah tahu apa yang perlu anda buat selepas ini dan seterusnya lulus cw exam akan datang. Jika mahu bantuan bertaNYA lah kepada rakan-rakan yang lulus cw, baik yang senior ataupun junior. Saya mendoakan anda semua berjaya nanti. So jangan putus asa kuatkan semangat, disamping berdoa, mohon restu ibubapa dan yang paling penting berusaha dengan gigih.

Kepada yang lulus Tahniah. Semua itu adalah USAHA ANDA SENDIRI!!!!. Orang lain hanya dapat membantu sedikit sahaja.



Tahniah kepada Pak Yop-9W2YR
Saya terasa amat bersyukur dan bangga pada anda Pak Yop. Anda seorang yang kuat semangat. Saya percaya gagal sekali bukan gagal selama-lamanya. Kalau di tengok disini, setelah 4 kali anda ambil exam cw akhirnya anda berjaya, tapi semangat yang di tunjuk oleh anda Pak yop susah nak cari. So Tahniah pak yop.




Kepada rakan saya ni Tahniah Halim- 9W2NTT
Sekali lagi Tahniah pada anda Halim. Anak muda ini berjaya jugak akhirnya. Macam -macam dugaan dan cabaran yang di tempuhi "susah hati", "takut", "hang", "jem" dan sebagainya. Akhirnya anda berjaya jugak halim. Pendapat pribadi saya, anda juga seorang yang kuat semangat dan saya bangga dan seronok sangat cuma semalam masa adalah terhad untuk saya memberi sedikit tip untuk sending di sana. Tapi terima kasih kepada sahabat saya 5ZAL-9M2GTR yang membantu.


Semua ini tak akan bercakap di mulut secara direct . Ikhlas daripada 9M2RIE- AMRY

2010/03/07

40M pergh!!!!!!!!!!

Akhirnya aku dah berjaya terbang ke 40M. Thanks 9m2get for 1st contact. Heheheh.

2010/03/01

CW Lesson- Exam yang lepas

7-10-2009

VVV KEMPEN PANDU CERMAT JIWA SELAMAT SEMPENA CUTI UMUM.
PDRM DAN JPJ LANCAR KEMPEN SEPADU DIDIK ORANG RAMAI
UNTUK LEBIH WASPADA KETIKA BERADA DI JALAN RAYA UNTUK
BALIK KAMPUNG SEMPENA CUTI HARI RAYA YANG BAKAL TIBA.

75219 88032 53690 81043 40521
92767 26154 67891 11564 29305

8-04-2009

VVV KEMPEN PANDU CERMAT JIWA SELAMAT DILANCAR.PIHAK POLIS DAN JPJ MULA KEMPEN BESAR BESARAN DIDIK ORANG RAMAI AGAR LEBIH WASPADA KETIKA BERADA DIJALAN RAYA UNTUK PULANG KAMPUNG SEMPENA CUTI HARI RAYA YANG BAKAL TIBA

68332 13798 43890 21578 26702
46895 35764 26804 21468 35421


Selamat mencuba rakan-rakan semua. Mungkin ini dapat membantu anda. Selamat berjaya.

Morse code trainer