2009/09/16

Hati-hati pulang beraya ke kampung



Aku berpesan pada diri aku dan rakan semua supaya berhati-hati di jalanraya ketika pulang ke kampung. Semoga rakan-rakan selamat sampai ke kampung dengan selamatnya. Jika anda ternampak sign board macam dalam posting ni ketika pulang ke kampung di nasihat supaya cari la jalan lain.......kecuali jalan lurus saja. Orang suka berkata "kembalilah ke jalan yang betul jika tersalah jalan". Kalau tidak anda masuk lah ke jalan yang macam dalam gambar di atas tu.

2009/09/11

Ramadhan hampir ke penghujungnya

Berpuasa hampir masuk fasa ketiga yakni minggu terakhir berpuasa dan selepas ini semua umat islam akan menyambut hari kemenangan "aidilfitri". Adakah amalan2 yang kita buat semasa bulan ramadhan cukup untuk bulan ramadhan saja. Sebaiknya marilah kita sama2 meneruskan amalan2 yang baik mahupun bukan bulan ramadhan. Kita juga mesti berdoa agar di temukan lagi dengan ramadhan, semuga dipanjangkan umor, murah rezeki dan sihat walafiat. Itu saja drpd saya yang tak seberapa pandai dalam berkata2.

"ramadhan is leaving, somebody is coming"

2009/09/10

Untuk melegakan pemikiran yang kusut.....aku



Lepas raya ni aku dah booking untuk tengok malaysia open kuala lumpur 2009 sukan tennis. Ini la sukan yang aku minat dan telah main dari sekolah lagi dan sampai peringkat negeri. Sekarang pun masih aktif selepas injured lutut pun. Masa injured tu konpom la badan aku naik mendadak. Sendiri tgk la skrg ni. Memang sukan ni la untuk aku lepas geram. Balik saja kerja terus main dekat opis. Kdg2 main jugak dkt luar tapi bayaq la court dia. Pada aku sukan ni memberi satu kepuasan. Sama jugak la macam hobi lain. Setiap hobi yang di minati mesti ada pelaburan beli equipment. Insyaallah akan di peturunkan kepada harmonic aku yg sedang membesar.
Cerita ni bukan nak menunjuk-nunjuk tapi ni la hobi aku yg utama selain radio amateur dan lain2 lagi. Maaf la jika post ini agak keterlaluan. So "mainlah sukan untuk kesihatan". De 9w2rie

Segala Kemungkinan

Segala kemungkinan dah terjawab. Apa saja yg tertulis sblm ini adalah telah ditetapkan bahawasanya aku akan terus meneruskan ujian di bulan oktober ini. Memang telah di agak bahawa semua tu adalah perancangan saja. Jadi aku akan terus menumpu kepada exam yang akan tiba nanti.
Kepada sesiapa yang terbaca post aku tempoh hari anggaplah itu adalah dogeng saja. Keputusan dah di buat tiada training yang aku akan pergi selepas ni.
Jadi pada hari ini aku akan teruskan usaha aku tanpa simpang siur lagi. Kalau tak ada di jalur carila di jalur lain. Sekarang aku dah bebas daripada pemikiran yang kusut. Aku bebasssssssssssss.........................

2009/09/09

1357908642

Apa aku nak buat dengan 1357908642. kalau boleh tiru kan senang tak payah dengaq tulis dan tiru saja. Memang teruji aku. 80% copy

2009/09/07

Berbuka Posa Tropicana Golf & Country Resort 5-9-09

9W2SMU-XYL dan Harmonic




berbuka posa bersama rakan2 dan Dato.
Fuh lauk/menu buka posa memang puas hati.
Lauk byk gila kenyang perut.
Paling best kambing bakar dan nasik berani kambing.
Aku sempat jumpa 9w2eee-sharul

2009/09/04

Kedudukan rumah aku dalam google earth

الحمدالله

Malam tadi aku sempat juga belajar dengan rakan dari bera pahang. Banyak ilmu yang aku dapat. Ikhlas cakap terima kasih byk2 rakan di bera pahang. Kita paham dengan rakan2 semua agak sibuk dengan hal masing2 tapi beliau sempat jugak mengajar saya dan rakan2 untuk menerima ayat2 yang dihantar.
Saya bukan nak membangga diri tapi ilmu perlu dicari walau mcmana pun. Ilmu tak datang bergolek-golek. Tapi satu saja yang di risaukan dan mohon di jauhkan sifat riak, takbur dan sifat menunjuk-nunjuk. Saya sekadar mencari ilmu dan mempraktisnya.
Apa2 pun terima kasih rakan ku di bera yang meluangkan masa beliau mengajar aku. Syukur alhamdulilah. Thankyou mazru.
Pada rakan2 yang insyallah aku akan hubungi mencari ilmu sebelum tiba hari pejuangan nanti. Zessss.....

2009/09/03

three six zerro degree

Buat masa skrg kena cari source byk orang yg berpengalaman, siap sedia rakan2 yg berkaitan aku akan call dan jumpa untuk uji lari aku pun kemampuan. Kalau boleh... teruskan kalau tak boleh jangan dok gatai pi ambik......hehhehehe

2009/09/02

Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim - ASTRA

Lokasi : Sekolah Menengah Teknik Taiping, Kamunting, Taiping, Perak.

Tarikh : 12 September 2009

Masa : 6.00 pm

Untuk pengesahan program dan sumbangan ikhlas sila berhubung terus dengan Bendahari Kehormat ASTRA di Talian 019 - 5762734 ( 9W2BPT - Saudara Bravo aka Mohd Azaini Sham Mohd Ali ) atau di Simplex V20 ( 145.250 Mhz )

Semoga sumbangan anda memberi seribu kegembiraan pada mereka yang kurang bernasib baik.

Di harap anda juga berkelapangan datang memeriahkan suasana.

2009/09/01

Macam tak cukup hari

Aduh lagi beberapa hari lagi..... 01234 baru nak masuk skit dalam kepala hotak aku. tapi ada lagi yg belum masuk 56789. Teman memang gubra, sejuk dan panas badan teman. Itu teman punya hal takde kaitan dengan orang lain. Masa tournament tennis haritu pun ni rasa dia. Kdg hampes pukul bola pun tak kena. Tapi teman usaha jgk le bykan doa dan tgk kata2 hikmat yg boleh bagi semangat pada teman. Itu belum interview lagi tak kira la interview keja ka apaka. Secara automatic badan teman jadi sejuk panas dan peluh sendiri akan keluar padahal bilik ber air-con. Harap bukan penyakit tapi mungkin gemuruh saja.

Kemungkinan

Aku rasa mungkin tak dapat ambik exam ni. Ada ura-ura kena travel oversea training. Macam2 benda yang dok pusing2 atas kepala aku yang nak botak ni. Nak elak tak bulih tapi tu semua perancangan. Klau betui apa yang aku cakap ni, makna dia terbang la RM50.
Tapi tu ah apakan daya kerja sebagai kuli kena ikut saja. Nak bangkang kerja ni periuk nasi aku la. Tak pa aku layan saja. Lama tu kalau jadi pegi 1 minggu tu. Lokasi tu dekat jer kalau dalam peta.....hahahaha
Apa-apa pun tunggu saja la lepas raya aidilfitri result dia. Tension jugak kepala hotak aku ni.

Morse code trainer