Sepetang hang jebat ajak hang tuah pergi umah beliau untuk jamuan makan. Tuah tunggu sampai 2 pagi sebab lama tak jumpa dan bermain senjata. Tuah sebenarnya ada berjanji dengan Adi putra untuk bermain senjata. Salam surai di pinta pada hang jebat yang gundah gulana( dalam pemikiran tuah mungkin dia letih kot melayan rakan2). Tuah dengan segan malu berkata kepada jebat. "wahai jebat aku mahu pulang dahulu, sebab esok hari aku ada perjanjian dengan seseorang. aku dah berjanji jebat" si jebat bedebah tu cakap "relax la bang tuah bukan senang nak jumpa". Alasan yang sama jugak di beri kepada jebat. Jebat menjawab " kau tuah dah sombong dan tak mau tunggu lagi sampai pagi esok" tuah berdiam diri saja dengan alasan sama di berikan. Tuah tetap cabut jugak balik dengan sabarnya.
Tapi hari ini jebat sedang memangil hang kasturi tapi tak ada jawapan. Jadi hang tuah menyahut panggilan jebat berkata" salam jebat kenapakah engkau memanggil kasturi. adakah sesuatu bencana menimpa engkau". Jebat menjawap " aahh kau tuah semalam aku menyuruh mu jangan bersurai awal ke majlis aku tuah. Namun kau balik jugak tuah. Kau dah sombong tuah". Tuah menjawab untuk pembelaan " jebat aku dah berjanji dengan adi putra untuk bermain senjata untuk persiapan berlatih setelah lulus ujian dan di anugerahan ilmu Kipas Senandung Dalam Senandung. Tapi aku dah cancle jebat sebabnya aku lewat bangun dan utusan aku dah beritahu kepada adi putra yang mana aku tak dapat berjumpa beliau. Sudah tentu adi putra kechiwa kepada aku". Dalam pemikiran hang tuah ia tahu jebat dah lulus dengan sempurna dah telah di anugerahkan oleh adi putra ilmu itu. Dia berfikir lagi kenapa jebat menyakat aku begitu rupa, sedangkan aku tidak menyakat beliau ketika berlatih dan setelah lulus ilmu Kipas Senandung Dalam Senandung. Bukankah ia telah berjanji dulu si jebat berdebah ini "jika jebat lulus ujian itu sebelum aku nescaya aku tidak akan menyakat engkau (yakni mengutuk engkau) di khalayak ramai". Tetapi kenapa kau buat jugak jebat "kau dah lupa pada janji jebat". Aku memang begini jebat sejak azali kadang-kala aku berdiam diri, kurang bercakap dan merendah diri. Aku masih ingat pesan guru kita "Radin Bumdum Melintang Patah" ya akan aku guna ilmu ini ke jalan yang benar dan menolong orang lain pula. Pesan dia lagi jangan kamu menyakat, riak dan tidak sopan dengan apa yang engkau ada. Tuah pun bediam diri dan beredar daripada situ setelah kasturi menyahut panggilan jebat. Tapi tuah tidak kecil hati cuma kechiwa dengan janji yang di tabur dahulu. Sekarang janji tinggal janji saja. Tuah berkata " aah aku tidak peduli apa yang menyakat aku. Aku tetap aku. Yang pastiNYA aku berpegang pada janji.
No comments:
Post a Comment