gambar from 9w2afr
Lepas saja ujian yang mula2 aku ambik dulu. Aku nekad akan terus belajar cw. Selepas exam cw yang 1st time aku ambik, di esok hari aku dah start cw. Cari buku baru. Dan skrg buku aku itu dah jadi 3 buah. Lepas exam dulu aku jumpa dengan 9m2all. Dia offer pada aku jom saya train awak cw. Tapi sblm aku belajar dengan 9m2all. Aku dah start cw sampai group yang ketiga iaitu "pqrst". kelajuan 13wpm dan tiada gap. Kelas cw bermula sebelum puasa. At that time aku dah mula copy apa yang di hantar oleh 9m2all. Di situ aku dapat tahu dekat mana tahap aku. Tapi bila sampai bulan puasa aku teruskan sampai habis ke group terakhir "uvwxyz". Bila masa aku belajar cw ni? cuba teka. Sebenarnya aku buat cw masa time lunchour di saltmine. Dari pukul 1.00pm sampai 2.00pm hari2 non stop kecuali ada tugasan yang lagi penting. Rakan2 saltmine kata : "hang buat apa". Aku diam saja. "OOO hang dok dengar benda ni untuk cakap dengan gila kot". Aku cakap dekat rakan aku ni " ya memang aku gila". Kalau dekat umah masa tu jangan harap la. Sambil tu join kelas cw 9m2all. Dan masa lunchour tu aku dok kacau 9m2all dengan sms dan baru2 ni ada ym lagi senang. Terima kasih bang haris aka cikgu haris atas kelas cw tu.
Selain itu ada lagi rakan aku yang aku sendiri mintak pertolongan untuk buat latih tubi melalui email. Buka email saja ada exercise untuk aku cuba copy dan jawab exercise tu. Rakan aku ni banyak exercise dia bagi, Semuanya speed laju. Tapi tak pa aku nak belajar. Aku buat jugak exercise tu sampai hari terakhir sebelum exam. Terima kasih aimil(9m2aur) atas exercise2 yang dalam email.
Ini lagi best masa dalam bulan puasa. Aku masih mencari mana2 rakan yang membuat kelas cw. Cari punya cari scaning freq radio aku stop dekat v52 (146.450mhz). Kedengaran macam suara rakan aku yang dah lulus cw iaitu 9m2mzr sedang membuat kelas. 9m2mzr- mazru ni berada di bera, pahang kalau tak silap. So macamana nak buat. Aku nak contact ni, nak join kelas ni. Aku pergi tukar antena aku kepada directional dan set menghala ke sebelah genting sana nun. So lepas dah settle semua. Aku try contact alhamdulilah mazru dan firdaus dpt copy audio aku. Dalam hati aku dok sebut ni peluang nak belajar ni. fuh alhamdulilah. So contact pertama dalam kelas cw oleh 9m2mzr dapat la 2 dan 3 belajar dengan beliau. Beliau pun tak kisah. Aku lagi suka. Dapat jugak ilmu cw mlm tu. Terima kasih byk2 mazru dan rakan2 bera, pahang memberi peluang pada aku untuk turut serta dalam kelas beliau.
Di repeater 9m4rbc jugak dulu aku sempat belajar cw dengan 9m2agc- cikgu lan. Ini sebelum aku ambil exam cw yang mula2 dulu. Aku belajar cw di local repeater shah alam (9m4rbc). Masa tu aku di peringkat awal. Memang tak di nafikan aku masih banyak kelemahan. Pendedahan oleh cikgu la membuat aku nak belajar cw dan terus try ambik exam. 1st exam aku gagal. Tapi itu tak menjadi halangan. Sebelum exam yang 2nd time ni bermula aku dan 5zal (9w2gtr) berjumpa cikgu lan di alleybay kg melayu subang. Pergi kesitu dan eyeball dengan beliau dan belajar macamana nak ketuk keyer. Kalau ikutkan aku punya ketukan memang hampes. Ingatlah cikgu lan malam tu sending bandung yang keluar dekat cw player masa tu "bamdum". Sakit perut aku dok gelak. Walauapapun terima kasih cikgu lan atas pembelajaran cw selama ini.
Ada lagi ni. Kepada rakan2 yang memberi komen di blog aku. Aku ucapkan terima kasih kerana kata2 yang pedas itu membakar semangat aku. Tapi bukannya semua yang pedas ada yang baik dan ada yang hentam terus. So terima kasih pada anda semua.
Tak lupa juga kepada rakan2 yang memberi semangat 9m2get,9m2adi, 9w2gtr ( hari2 semangat bro), 9m2jen, 9w2vol( bila nak ambik cw ni), rakan2 alam damai v47, rakan2 v38 9w2jbi dan bang aji 9w2oku, rakan2 sik ( kampungku) dan semua rakan2 yang tak tersebut disini.
Paling aku hormati dan disayangi xyl aku 9w2smu- ana dan harmonic aku nurin afifah yang memberi aku peluang dan support yang tinggi. Terima kasih kepada xyl aku yang memahami minat aku dan semasa aku mengambil cw. Kepada harmonic aku yang tak tahu apa mengenai cw. turut menyumbang dan membuat aku tersenyum kalau dah kepala otak serabut. Sekarang dia pun curi2 tekan key aku dan 2 huruf dia dapat copy a dan b. Bila aku tanya a apa bunyi dia cakap dit da lepas tu senyum dan huruf b da di di dit. So terima kasih tak terhingga daripada aku.
Dan yang terakhir aku mohon restu daripada kedua ibubapa ahlikeluarga aku yang ada di kampung namek sik kedah. Aku cakap melalui sms kepada mereka berdua "doakan cek esok ada exam". Dan sms di balas insyallah lulus. Tapi kenapa 1st exam aku tak berbuat demekian. So rakan2 sekelian sejauh mana kita berjaya sekali pun jangan lupa ibubapa kita.
Alhamdulillah aku dah lulus exam itu dan insyallah akan di peturunkan kepada rakan2 lain. Dan perlu diingat disini "aku tetap sama macam biasa walaupun dah ada license A". Tidak ada ungkapan helang akan tetap terbang bersama helang. Aku tetap sama seperti amry-9w2rie. 73 all the best.
5 comments:
alhamdulillah segala usaha ko dah berhasil..tahniah la bro,aku pun sama cam ko gak sama cam 9w2 dulu
peduli ape org cakap bro teruskan dgn usaha mencapai WPM paling laju.
tku mazru, aku bersyukur ada kekawan macam kau. insyallah aku dah start blaja speed ke 18wpm.
takpa diarg tak rasa lagi. kalau esok dah menjadi kemestian mana2 9w2 wajib ambil 9m2. ha baru diaorg tahu.
salam,taniah atas usaha abang,senang2 boleh lah turunkan ilmu kat saya pulak...73
Tahniah la weeehh... Memang anda layak, masa praktis kat V52 hari tu pun, memang handal dah pun.
terima kasih dol,maza and mazru. boleh dol nal blaja cw ni. ada yang family 9m2's pun ada. Yang penting kena ada minat nak blaja di samping usaha dan kejujuran hati.
Post a Comment