2009/12/11

Menguap Dan Adab-adabnya

Assalamualaikum ahli panel sekelian,

Saya ada terbaca beberapa artikel berkaitan dengan menguap yg mana ada kaitannya dengan syaitan, ini kerana bila sembahyang suka nak menguap pulak..dan dlm artikel tersebut menyatakan nabi saw tak pernah menguap, adakah ada hadis berkaitan menguap ini dan bagaimanakah cara nak mengatasinya..
sekian, terimakasih

jawapan:

Benarlah apa yang saudara baca di dalam artikel itu. Perkara ini (menguap) banyak terdapat di dalam hadis-hadis sahih. Berikut adalah di antara hadis-hadis(maksud hadis) tersebut:

Dari Abu Hurairah dari Nabi saw ia bersabda:

Å´esungguhnya Allah Taala suka kepada orang yang bersin dan benci kepada (orang yang) menguap. Apabila salah seorang dari kalian bersin dan mengucapkan hamdalah kepada Allah Taala adalah hak bagi setiap muslim mendengarnya membaca ÁºarhamukAllah (Semoga allah memberi rahmat kepadamu). Adapun menguap itu adalah dari syaitan. Apabila salah seorang dari kalian menguap maka hendaklah ia mengembalikan (mulutnya) sedapat-dapatnya. Sesungguhnya apabila seseorang dari kalian menguap, syaitan pun tertawa kerananya. [Riwayat Bukhari]

Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah s.a.w telah bersabda: Menguap (dengan mulut terbuka luas) merupakan gangguan dari syaitan. Apabila ada di antara kamu yang menguap maka hendaklah dia menutup mulutnya mengikut kemampuan.[Riwayat Muslim]

Dari Abu SaÃÊd Al-Khudri ra dari Nabi saw ia bersabda:
Å«ika ada di antara kamu menguap, tutuplah mulutmu kalau-kalau syaitan masuk [Riwayat Abu Dawud]

Terdapat beberapa hadis lain lagi yang berkisar perihal menguap dan adab-adabnya. Dan kesemua hadis-hadis tersebut membawa kepada satu makna, iaitu Islam tidak suka seseorang menguap terutama tanpa menutup mulut apatah lagi ketika sembahyang.

Sheikh Muhammed Salih Al-Munajjid berkata, dari hadis-hadis yang mengkhabarkan perihal menguap ini, boleh disimpulkan bahawa:
1. Syaitan menyukai manusia yang menguap kerana ia tanda kemalasan
2. Syaitan memasuki seseorang itu ketika menguap.
3. Syaitan mentertawakan sesiapa yang menguap dan memperlekehkan keburukan wajah diri yang sedang menguap

Maka jelas menguap itu satu tingkahlaku yang tidak beradab/baik. Bahkan dibenci Allah. Oleh yang demikian, seseorang itu hendaklah cuba sedaya upaya untuk tidak menguap. Cubalah sedaya upaya untuk merapatkan mulut ketika menguap sedapat yang mungkin. Sekiranya perlu, tutuplah mulut dengan tangan. Dan juga janganlah menghasilkan sebarang suara ketika menguap itu. Sekian.

Rujukan:

Terjemah Al-Azkar
oleh Imam An-Nawawi

www.Islam-qa.com

http://hadith.al-islam.com/

al-ahkam

Sumber pautan: http://soaljawab.wordpress.com/2007/...-adab-adabnya/
__________________
Kita tak mampu mengubah dunia TETAPI kita boleh mengubah diri kita sendiri... Kebanyakan manusia itu berbeda pandangan, carilah persamaannya untuk sebarang penyelesaian bukan mencari perbezaan yang memusnahkan... Kita bukan sempurna, itulah hakikatnya...

No comments:

Morse code trainer