2010/04/15

Menuntut Ilmu

Hukum menuntut ilmu adalah fardhu sebagaimana yang dinyatakan oleh Nabi SAW,maksudnya:

"Menuntut ilmu merupakan satu kefardhuan ke atas setiap orang islam."

(Riwayat Muslim)

Para ulama' Islam telah berselisih pendapat pendapat mengenai ilmu yang difardhukan oleh Allah ke atas setiap muslim.Golongan fuqaha' berpendapat bahawa ilmu yang difardhukan mempelajarinya ialah ilmu fekah kerana dengannya dapat kita ketahui mana yang halal dan manakah yang haram. Ulama' tafsir pula menyatakan bahawa ilmu yang difardhukan ialah ilmu tafsir kerana dengan ilmu tafsir kita dapat mengetahui segala ilmu yang lain.Para muhaddisin pula berkata ilmu tersebut ialah ilmu hadis kerana kita tidak dapat mentafsir Al Quran kalu tidak mengetahui hadis-hadis Rasulullah SAW.Mengikut golongan sufi pula kita wajib belajar ilmu ikhlas dan penyakit-penyakit hati kerana dengannya kita dapat mengenali tuhan yang sebenarnya.Ulama' ilmu kalam pula mewajibkan ilmu kalam (tauhid).

Pendapat yang paling sahih dalam masalah ini ialah pendapat yang mengatakan ilmu yamg difardhukan oleh Allah SWT ialah ilmu yang ada kaitan dengan muamalah seseorang hamba terhadap tuhannya.Dan ilmu tersebut terbahagi kepada tiga bahagian:
  1. Ilmu i'tiqadi (pegangan hati).

  2. Ilmu yang berhubung kait dengan kerja laku seseorang.

  3. Ilmu yang mengetahui larangan dan tegahan Allah ke atas seseorang hamba Nya.

Seseorang yang telah sampai umur baligh,menjadi kewajipannya yang utama untuk mempelajari dua kalimah syahadah sama ada tuntutannya ataupun perkara-perkara yang membatalkannya.Kerana tanpa syahadah keislaman seseorang masih boleh dinafikan dan sebenarnya dia masih belum beragama Islam walaupun dia mendakwa beragama Islam.Apabila sampai kepada kewajipan menunaikan sembahyang fardhu maka wajid pula ia mengetahui berkenaan dengan ilmu taharah dan kaifiyat (cara) mengerjakan sembahyang.Bulan ramadhan merupakan bulan yang wajib berpuasa dan menjadi kewajipan bagi setiap muslim mengetahui hukum-hukum yang berkait dengan puasa.Golongan yang mempunyai harta pula wajib mengetahui hukum-hukum mengenai zakat apabila hartanya sampai kepada bilangan haulnya.Pada musim haji,wajib bagi mereka yang berkemampuan mengerjakannya dan mempelajari ilmu-ilmu yang berkaitan.

Ada juga diantara ilmu yang hukumnya yang harus kita pelajari seperti ilmu syair,ilmu sejarah hadis-hadis nabi SAW, ilmu sejarah pembukuan Al Quran dan perkara-perkara yang seumpama dengannya.Ada juga ilmu yang dipandang hina oleh Islam seperti ilmu sihir yang bertujuan merosakkan manusia,ilmu nujum ilmu hitam dan sebagainya.

Orang-orang yang beriman kepada Allah berkewajipan untuk mempelajari ilmu-ilmu yang diperlukan didalam suatu muamalah.Begitu juga dengan muamalah hati terhadap Allah SWT perlu diberi perhatian seperti masalah sabar,taqwa,wara',zuhud,qanaah,tawakkal,syukur,mujahadah,raja',khusyuk dan tawadhuk ataupun perkara-perkara yang bertentangan dengannya seperti taajjub,takabur,dengki,tamak,sukakan dunia dan lain-lain lagi yang termasuk dalam kategori penyakit hati....


http://firuzjihad.blogspot.com/2009/03/hukum-menuntut-ilmu.html

No comments:

Morse code trainer