2010/04/01

Sambil lewa saja......

Semalam 31-3-2010 . So aku tengok kad pengambilan AA tarikh harini dan jam pukul 3.00 ptg" ohh kena pi ambik ni callsign ayahanda aku ni". Tarikh aku submit 23-3-2010. So tak pa aku pi awal sikit. Mula-mula pi pekena nasik dulu kedai mamak yang berdekatan dengan wisma sunway mas tu. Tepat jam 1.30 ptg aku berjalan daripada kedai mamak tu menuju ketempat nak ambik AA. OK opis pun dah buka aku terus masuk dan saja ja nak tanya manatau kot2 dah siap. Sebab aku hantar minggu lepas lagi. Bagi kad tu dekat YL ni, So dia check , selak sana selak sini. Maaf encik tak ada kat sini mungkin belom siap. Saya cakap dekat dia " Aii takan tak siap lagi saya hantar minggu lepas 23-3-2010" dia kata dekat saya " biasanya 14 hari AA siap daripada tarikh submit document" Saya semak balik kad pengambilan saya tu. Tarikh submit 23-3-2010. ok tak pa. Check tarikh ambil AA 31-3-2010 pukul 3.00 ptg. Tarikh yang di tulis daripada 23hb tu sampai 31hb baru 9 hari. Tadi dia kata 14 hari baru siap. Aduh....macamana ni. Lain kali tulis la tarikh betui2. Bengang betui aku. Saya tanya dia "sekarang macamana saya ikut tarikh kad ni" dia kata dekat saya " ermmm tapi kalau tengok kat sini pukul 3.oo ptg baru bleh ambik" tang ni memang salah aku la. Sbb aku pi awal "padan muka aku". Tetapi kalau pembaca berfikir 9 hari saya submit kenapa tak boleh siap lagi saya punya AA tu. Sepatutnya 14 hari. Dah dia tulis tarikh kad tu 31hb dah jadi 9 hari. Itu yang hairan dan serabut kepala aku ni. Petang aku nak masuk kerja balik. Lepas dia kata pukul 3.00 baru boleh ambik aku keluar dulu pi makan kali kedua dan sempat aku pergi sembahyang zohor. Abih sembahyang aku tgk jam pukul 2.35ptg. Isk lambat lagi ni nak pukul 3. Hari nak hujan plak tu. Aaah aku redah jugak tanya kalau tak siap lagi aku balik lah......tak larat nak tunggu sampai pukul 3. So 2.35 aku naik lift sampai dekat opis skmm pukul 2.37ptg. Ketuk pintu opis skmm, pintu buka aku masuk terus tanya YL tu. Saya punya AA dah siap ka? saja tanya la sbb tak pukul 3.00ptg lagi ni. Lepas dia jawab haaa.. dah siap yang encik punya. Dalam hati aku " boleh siap pulak sebelum pukul 3 ni." isk tengok AA macam baru print saja, berkilat lagi dakwat dia dan lembap kertas dia. Apa relevent sampai 14 hari baru siap AA ni.

So inilah cerita pagi tu. Yang bagi tarikh pun salah, kata 14 hari tapi bagi 9 hari. Aku punya salah pi sebelum pukul 3. Tapi aku saja pi awai, sebabnya 9 hari tu masa yang lama. Kalau 14 hari lagi lama la. So kena cirnform kan betul-betul la. Tapi aku bersyukurlah alhamdulilah AA aku dan ayahanda dah siap. So terima kasih banyak-banyak. Tingkatkan perkhidmatan anda jangan sambil lewa saja.

73 9M2RIE


2 comments:

9W2KNH said...

bang amri AA sekarang ni mmg kena tunggu 14 hari ka baru siap..seingat saya masa buat dulu on the spot terus siap tak kan lagi teruk kot dia punya servis

9m2rie said...

ya betul seperti mana yg saya tulis ni bang kamarul. Macam tu lah.

Morse code trainer