2009/11/24

Ini reality bukan paksaan dia ikut aku......


Ni la pembakaq semangat aku untuk lulus cw.
Kadang2 sakit perut aku dok gelak. Dia dok tekan e e e e e e e.......

Tips: For Learning Morse Code (CW)


  1. Start! Whether you use audio cassettes, CDs, computer software, or a partner to send and receive, you won't get anywhere until you get started.
  2. As a small child learns first to crawl, then to walk, and finally, to run, you, too, must learn in steps. Learning Morse code (CW) properly requires both self-study, and the help of someone sending CW to you.
  3. Learn each character as a sound. Morse code is a language of sounds. Never write dots and dashes.
  4. Repetition is the key to remembering anything, including Morse characters. Some folks master it in days, others in months. All who kept at it got it.
  5. The Farnsworth Method is recommended. With the Farnsworth Method, you learn each character at 15 words per minute with large spacing in between characters. This has been proven to be the best method for long-range development. Once the characters are learned, copying speed is easily increased by decreasing the spacing between each character.
  6. Practice, practice, practice. No matter if you learn quickly, or slowly, the key to learning is practice. With enough practice, just about anyone can learn Morse code. Sometimes, skipping a day or two of practice is helpful, and can get you back on track.
  7. Take advantage of all available practice. Your local area may offer Morse code practice through a 2 Meter Repeater, which you can copy with a scanner. If you have a rig or shortwave receiver, you'll benefit from any CW you hear. Just listen and copy as many characters as you possibly can. Once again, practice will pay off. The more you listen, the more you'll be able to copy and understand. After a while, you'll be copying more characters than you are missing. While driving down the road, I would translate road signs to Morse code in my head - the faster the better.
  8. One of the best ways to practice, is to use the "Buddy System." Get a friend, spouse, relative, or anyone willing to share their time, to learn along with you. Enlist the aid of an experienced CW operator for answering questions, and making sure you don't develop any bad habits.
From Chuck Adams, K7QO and Rod Dinkins, AC6V, ARRL WEB

2009/11/19

Pandangan Mata






Lirik Pandangan Mata Hati - Hijjaz


Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu
Pandangan hati itu yang hakiki
Kalau hati itu bersih

Hati kalau terlalu bersih
Pandangannya kan menembusi hijab
Hati jika sudah bersih
Firasatnya tepat kehendak Allah
Tapi hati bila dikotori
Bisikannya bukan lagi kebenaran

Hati tempat jatuhnya pandangan Allah
Jasad lah
ir tumpuan manusia
Utamakanlah pandangan Allah
Daripada pandangan manusia


Penukaran address blog

Salam kepada pembaca blog. Address blog saya akan bertukar kepada http://9m2rie.blogspot.com pada 23-11-09 isnin. Jika anda ada membuat linking blog saya ker blog anda sila tukar address website saya.

2009/11/14

Learn CW Online- Kali 3 posting.




(anda juga boleh click di menu pada blog ini sebelah atas)

Posting kali ketiga

Kepada rakan-rakan amator yang berminat dengan morse code dan ingin belajarnya. Disini di infokan satu laman web morse code learning secara online. Bagi mereka yang hari-hari mengadap computer dan ada kemudahan internet jadi sini peluang anda untuk belajar morse code.
LCWO online ini menggunakan kaedah Koch Method. Untuk mengekses laman web ini sangat mudah. Anda hanya perlu register ke laman web ini berserta password yang register sendiri.
Kemudahan yang di berikan adalah seperti:-
1- markah tertinggi- anda boleh compare dengan rakan lain dalam laman ini
2- belajar kelajuan dari segi code group,plain text training, callsign training dan sebagainya.
3- format mp3 morse boleh di download terus daripada laman web ini
4- kemudahan menukar text kepada morse code dan dengar.
dan banyak lagi.
Tujuan saya menginfokan laman LCWO ini adalah untuk berkongsi maklumat dan ilmu. Bukan untuk membangga diri tapi untuk berkongsi ilmu dengan semua. Ilmu tanpa amal tak akan kemana.
Harap anda mencuba.


2009/11/12

Cw Player new version 3.3.0


Freeware to learn and train the Morse code. Needs a sound card and Win95/98/ME/2000/NT/XP. The Morse message of page amateur radio has been generated with CW_PLAYER. CW_PLAYER includes automatic CW keying of the transmitter through serial and parallel ports or manual keying through the Joystick port. Good training. Click one of the small flags to know more about the numereous features of CW_PLAYER. Linux/Ubuntu users can run CW_Player through WINE 1.0


Download here cw player v3.3.0

2009/11/11

Amalan Surah-surah Pilihan untuk dibaca dan dihafal


  1. Surah Al-Kahfi
  2. Surah As-Sajadah
  3. Surah Yaasiin
  4. Suran Ad-Dukhan
  5. Surah Al-Waqi'ah
  6. Surah Al-Hasyar
  7. Surah Al-Mulk
  8. Surah Ar-Rahman
Selain berhobi dengan radio ni. Marilah kita mengimbangkan hal kedunian dengan akhirat. Insyallah dengan mendengar membaca ayat al-quran menjadi penawar penenang jiwa.

Perlu ada kod etika penulis blog, komuniti Internet

KOD ETIKA PENGUNA LAMA WEB

2009/11/10

Aduh ada lagi ni.....

Masih lagi kedengaran isu-isu yang berkaitan dengan exam baru-baru ini. Mintak maaf banyak pekara ini membuat saya hilang rasa hormat kepada mereka yang membawa cerita ini. Rupanya tak abis lagi di perkatakan. Sebenarnya saya dan rakan-rakan lain tahu apa yang terjadi di dalam dewan itu. Kalau orang yang didalam itu membuka cerita atau sebagainya. Kita tak boleh nak buat apa. Kuasa lulus atau gagal adalah di pihak yang berkuasa. Kita tak boleh la membuat keputasan sendiri. dan memberitahu kepada pihak berkuasa suruh buat itu dan ini. Siapa kita, apa kaitan kita dengan pihak yang berkuasa Jika orang yang bermasalah itu lulus sekali pun. Apa kita boleh buat. Dia sendiri akan malu. Hukuman bukan ditangan kita biar dia dan ALLAH saja tahu. Orang yang membuat salah akan balas dengan ketentuan ALLAH.
Cukuplah semua tu. Berselawat lah banyak. Orang lain memerhati saja gelagat kita berperang dengan isu-isu yang mungkin tiada bukti yang kukuh. Jika ada bukti tampil ke hadapan buat penyelesaian yang patut. Jangan melibatkan orang lain dengan cerita-cerita yang tiada bukti kukuh.
Cukuplah setakat ini. Tak payah bersusah payah nak menghukum seseorang. Bukan setakat yang bersalah saja takut nak masuk frequency. Orang tak bermasalah pun malas nak masuk. Nak apply callsign pun rasa malas. Lebih baik tak payah la. Jika ada lagi desas-desus maaf banyak-banyak Hobi ini dah tak relevan lagi. So fikir-fikirkan lah............73

Menarik ni bagi pengemar morse code....


Bagi mereka yang kebetulan menggunakan handphone jenis nokia tapi untuk version S60 v2.x phones (tapi untuk version v1.x or v3.x tidak boleh). Biasanya kita menghantar sms dengan menaip atau menekan keypad untuk membuat ayat. Tapi dengan install software Morse texer anda boleh menggunakan morse code rhythm untuk menaip ayat2 yang anda kehendaki. Tapi ini cuma untuk handphone nokia saja yang versi S60 v2.x sahaja.


Tap in some Morse code, and then send it as an SMS. Keys are:
  • 1, 4, 7, or * - Dot
  • 2, 5, 8, or 0 - Space
  • 3, 6, 9, or # - Dash
  • Left arrow - Dot
  • OK key - Space
  • Right arrow - Dash
  • C key - Delete last dot, dash or letter
  • Call/green key - Send as SMS

For a gap between letters, press space once. For a gap between words, press space a second time.

Download software morse texer

If you want to check your phone version please click here

Perjalanan aku ketika mengambil exam cw.....

Ini la result yang 1st exam aku dulu. Aku gagal. Tapi tak pa. Selepas exam yang 1st tu, esok hari aku dah start buat cw. Blaja cuma waktu lunchour waktu kerja hari-hari dengar dan dengar. lepas tu baru tulis. Jarak daripada exam yang 1st ke exam yang 2nd lebih kurang 5 bulan. Di bawah ini result aku yg gagal dulu.
Jadi aku tak putus asa. Aku banyakkan latih tubi dan alhamdulilah aku dah berjaya di 2nd exam ni. Sebenarnya macam-macam dugaan yang di terima semasa blaja cw ini. Tapi itu dijadikan pembelajaran saya. Tiada jalan lain untuk lulus cw ini. Ini bukan riak dan takbur. Tapi ini realitinya. Di bawah ni ada result 2nd exam yang tertulis aku lulus. Alhamdulilah.
Kepada rakan-rakan seperjuangan ku yang gagal. Jangan putus asa. Cuba lagi kerana kegagalan pertama bukan bererti gagal selama-lamanya. Di samping berdoa anda perlu berusaha ke arah itu. Insyallah satu hari nanti anda turut berjaya. Insyallah.Terima kasih kepada ibubapa, XYL dan harmonic. Tak lupa kepada cikgu-cikgu cw (BUMDUM) dan rakan2 seperjuangan dan juga rakan yang memberi support dan bukan yang kondem. Terima kasih semua.

2009/11/09

RESULT RASMI CW TEST DAH KELUAR





bila duniawi berlebihan akhirat jangan di tinggalkan


Salam dalam kesibukan menghafal cw sehingga speed 30wpm. Marilah juga kita jangan lupakan al-quran. Saya berpesan pada diri saya juga dan rakan-rakan. Bukan saya niat untuk riak dan takabur. Tapi marilah kita imbangkan akhirat dengan duniawi. Saya terpanggil untuk menulis kerana ada rakan saya semasa di YM( yahoo massenger) menceritakan sambil mendengar cw apa kata sambil tu dengar juga bacaan al-quran. Sangat mudah sekarang dengan adanya online al-quran iaitu http://www.quranexplorer.com/ . Sebaiknya jangan kita lalai dan lupa kepada al-quran. Kalau boleh baca dan hafal al quran. CW anda boleh ingat apa salah kita ingat ayat-ayat al quran ini.
Disini ada sedikit adab2 membaca alquran dan menghafal alquran:-
Adab-Adab Membaca Dan Menghafal Al-Quran

• Ikhlaskan niat.
• Bersabar.
• Mulakan bacaan dengan Bismillah.
• Banyak berdoa kepada Allah s.w.t.
• Bersih dari hadas kecil dan besar.
• Sebaiknya menghadap kiblat.
• Memakai pakaian putih yang bersih dan menutup aurat.
• Jangan banyak berkata dan ketawa ketika membaca dan menghafal.
• Memberikan tumpuan sepenuhnya.
• Jangan membaca ketika mengantuk atau menguap.
• Berhenti membaca ketika ingin membuang angin.
• Menghormati Al-Qur'an.
• Menghormati guru.
• Solat dua rakaat sebelum memulakan kelas.

*Sebelum menghafal
• Mempunyai azam dan minat untuk menghafal
• Memilih waktu yang sesuai untuk menghafal.
• Memilih tempat yang sesuai untuk menghafal.
• Berada dalam keadaan tenang.
• Kosongkan fikiran sebelum menghafal.
• Pilih sebuah jenis mashaf dan jangan ubah dengan jenis mashaf lain.
• Beristighfar, membaca selawat dan doa sebelum mula menghafal.
• Membaca ayat 164 surah Al-Baqarah sebelum mula menghafal.

*Teknik Menghafal

A. Teknik "Chunking"
 Memisah-misahkan sepotong ayat yang panjang kepada beberapa bahagian yang sesuai mengikut arahan guru.
 Memisah-misahkan selembar mukasurat kepada beberapa bahagian (2 atau 3 bahagian) yang sesuai.
 Memisah-misahkan surah kepada beberapa bahagian, contohnya mengikut pertukaran cerita.
 Memisah-misahkan juz kepada beberapa bahagian mengikut surah, hizib, rubu', cerita dan sebagainya.
 Memisah-misahkan Al-Qur'an kepada kelompok surah, setiap 10 juz dan sebagainya.

B. Teknik Mengulang
 Membaca sepotong atau sebahagian ayat sekurang-kurangnya lima kali sebelum mula menghafalnya.
 Membaca ayat yang telah dihafal berulang-ulang kali (10 atau lebih) sebelum berpindah ke ayat seterusnya.
 Selepas menghafal setiap setengah mukasurat, harus diulang beberapa kali sebelum diteruskan bahagian yang kedua.
 Selepas menghafal satu mukasurat diulang beberapa kali sebelum diteruskan ke muka surat seterusnya.
 Sebelum menghafal bahagian Al-Qur'an seterusnya, harus diulang bahagian yang sebelumnya.

C. Teknik Tumpu dan Ingat
 Menumpukan penglihatan kepada ayat, mukasurat dan lebaran.
 Pejamkan mata dan cuba melihatnya dengan minda.
 Sekiranya masih lagi kabur, buka mati dan tumpukan kembali kepada mashaf.
 Ulanglah sehingga dapat melihat ayat atau mukasurat tersebut dengan mata tertutup.

D. Teknik Menghafal Dengan Seorang Teman
 Pilih seorang teman yang sama minat.
 Orang yang pertama membaca dengan disemak oleh orang yang kedua.
 Orang yang kedua membaca dengan disemak oleh orang yang pertama.
 Saling menebuk ayat antara satu sama lain.

E. Teknik Mendengar Kaset
 Pilih seorang qari' yang baik bagi seluruh Al-Qur'an atau beberapa qari' bagi surah surah tertentu.
 Sebelum mula menghafal, dengar bacaan ayat-ayat yang ingin dihafal beberapa kali.
 Amati cara, lagu dan tempat berhenti bacaan qari' tersebut sehingga terpahat di fikiran.
 Mula menghafal ayat-ayat tersebut dengan cara dan gaya qari' tersebut.
 Sentiasa mendengar kaset bacaan Al-Qur'an dan kurangkan atau tinggalkan pendengaran lagu kerana ia akan mengganggu penghafalan.

F. Teknik Merakamkan Suara
 Rakamkan bacaan kita di dalam kaset dan dengar semula untuk memastikan bacaan dan hafalan yang betul.
 Bagi kanak-kanak, rakamkan bacaan ibu-bapa atau guru kemudian diikuti oleh bacaan kanak-kanak tersebut. Minta kanak-kanak tersebut mendengar kembali rakaman tersebut beberapa kali hingga menghafalnya.

G. Teknik Menulis
 Tulis kembali mukasurat yang telah dihafal. Kemudian semak semula dengan mashaf.
 Menulis setiap ayat pertama awal mukasurat, atau setiap rubu', atau setiap juz, atau setiap surah dalam satu helai kertas.

H. Teknik "Pointers" dan "Keyword"
 Buat beberapa kotak. Setiap kotak merupakan satu mukasurat.
 Catat dalam kotak tersebut beberapa perkataan yang menjadi keyword bagi mukasurat tersebut.
 Merenung dan membayangkan kotak tersebut dalam ingatan.

I. Teknik Menghafal Sebelum Tidur
 Membaca atau menghafal beberapa potong ayat sebelum tidur.
 Semasa melelapkan mata, dengar kaset bacaan ayat-ayat tersebut dan bayangkan posisi-nya di minda kita.
 Dengar kembali dari awal surah, juz atau hizib, atau mana-mana yang sesuai sehingga ayat yang telah dihafal. Cuba bayangkan ayat-ayat yang didengar dari kaset di minda kita.

J. Teknik "Mindmaping"
 Bagi setiap Juz, buat 8 cabang, setiap cabang satu rubu'. Tulis ayat pertama rubu' tersebut dicabangnya.
 Bagi setiap surah, buat cabang bagi setiap pertukaran cerita atau rubu'.
 Bagi setiap 10 juz, buat cabang bagi setiap juz, dan cabang yang lebih kecil bagi rubu'.

bersambung....


reference web "senandung hikmah"

2009/11/07

Sudah lah


Ini saya punya lama mana dalam hobi ini dan tidak ada kaitan dengan orang lain 2002 sampai sekarang. Hobi yang unik, merapatkan tali persaudaraan tak kira bangsa. Sekarang dah lain ada saja isu-isu yang menjadi ketidakpuasan hati. Sama ada ia benar atau tidak benar the best solution buat la muzakarah. Cari dimana silapnya. Sekarang imej sudah tercalar. Lama dan baru dah tak ada persefahaman. Akibat daripada perkara ini ia akan terbawak-bawak kemana saja. Sebabnya sekali perkataan itu keluar sama ada di mulut atau menulis susah nak di hilangkan. Jika benar anda ikutlah jika salah anda bersubahat dan bertalibarut. Jika perlu stop di sini berhentilah cari jalan penyelesaian. Orang lain melihat ikatan persaudaraan sudah mula tercalar. Orang mungkin suka "kah..kah..kah" dengan perkara ini dan ada yang tidak suka "tolonglah" mana pergi semangat itu. Jangan harap la aku akan pergi ke 7015 jika masalah ini berlarutan. Kalau perlu stop di sini ok cukup. Sebab makin lama makin berlarutan jalan penyelesaian tiada dek kerana pekara itu sengaja atau tidak sengaja. So please stop yang memulakannya cari la jalan untuk menyelesaikannya dan yang membaca, mendengar juga cari jalan penyelesaian. Kalau hobi ini tidak relevan lagi maka cari la hobi lain. Masa tidak akan menunggu kita lagi dan umur semakin tua.

2009/11/05

Biarkan ia berlalu...


Salam semua, kita harus kembali ke pangkal jalan. Maafkanlah saja ia. Insyallah tak lama lagi ok la tu. Kadang-kadang kita ni melompat dengan dugaan dan cabaran. Tapi tak pa "cubaan". Hang tuah yang fail SPM pun dah study balik dekat sekolah Menengah Langkasuka. Doakan hang tuah berjaya.
Kemaafan di beri tanda persahabatan. Luka tu tetap luka la. Cuma hilang rasa hormat, respect dan sebagainya. Carila jalan yang benar untuk memulihan hati terluka. Tapi aku dah ok dah. Sbb dah banyak kali dah. Cuma kalau berjanji mesti pegang pada janji.
Selepas ini dimana rakan-rakan yang baru nak berlajar cw untuk buat reference. Itu tuan reference sudah tersalah cakap. Ehhh bukan aku la orang lain.
Tapi kalau yang berminat saya sanggup tolong setakat yang mampu ikhlas cakap. Yang penting "berminat". Jadi cari la semangat anda yang nak belaja cw tu supaya tak hilang. Anda cari cikgu atau guru yang anda suka dan jauhi guru yang salah. Sendiri buat baik dan sendiri buat salah. Jauhkan ia. Sebab dia sendiri pun dah tak betul.
Hari ini aku memaafkan engkau wahai tuan blog di sana. Cuma cari la macamana nak memulihkan rasa respect, hormat, tempat sumber ilmu tuan blog di sana kepada saya. Sekian...

2009/11/04

Beri galakan kalau "berminat" jadi cikgu cw



Kenapa susah sangat menerima perubahan. Beri la galakan kalau dia atau sesiapa "berminat" untuk mengajar. Mengajar cw adalah mudah tak perlu banyak menggunakan pedagogi. Melainkan kalau ia menjadi cikgu sekolah di mana pedagogi pendidikan adalah perlu.

Sejauh mana sekali pun anda transmit jika ilmu yang di beri tidak gunakan ,ibarat curah air ke daun keladi. Pengalaman belajar cw adalah berbeza setiap orang yang mempelajarainya. Apa salahnya menjadi cikgu cw dan memberi ilmu yang di miliki kepada orang lain tanpa perlu ada pra syarat.
Jika kita susah menerima pendapat orang lain nescaya orang lain tidak akan mendengar pendapat kita. Mengajar menggunakan alat tertentu adalah sesuatu daripada pedagogi. Tak kiralah kalau ianya menggunakan suis sebagai key. Menggunakan komputer juga merupakan adalah satu kaedah pedagogi untuk mengajar cw. Sesuatu perkara yang mudah dan menyenangkan adalah perlu kerana manusia penuh dengan kesibukan. Kadang-kadang di timpa masalah-masalah lain. Credit perlu di berikan kepada meraka yang sudi untuk mengajar. "tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima". Thankyou kepada cikgu2 aku yang mengajar aku.
Jika seseorang itu berkata "berminat" beri galakan jangan di kodemkan. Kadang-kadang perkataan berminat boleh di tafsirkan kepada perbuatan. Kadang-kadang rakan ini menunjukan minat dengan perbuatan contoh membuat kit DIY morse code yang mudah di dapati. Di situ kita tahu memang dia berminat. Disini kita perlu memberi tunjuk ajar kepada mereka apa yang perlu di buat untuk memanjangkan lagi minat belajar cw ini. Jika kita tahu tak kira 9M2 ka atau 9W2 bahawa sesuatu pekara itu perlu tunjuk ajar, Maka ajarlah jangan pandai berkata-kata saja. Kelak pandai berkata-kata saja memakan diri. Di situ pengajar kepada sesuatu pekara itu adalah cikgu.
Di dalam hobi ini rakan yang belajar cw adalah rakan kita juga. Tak ada bezanya. Teruslah mengajar dan mengajar kepada mereka yang "berminat". Insyallah Allah akan membalasnya.

Morse code trainer