Salam dalam kesibukan menghafal cw sehingga speed 30wpm. Marilah juga kita jangan lupakan al-quran. Saya berpesan pada diri saya juga dan rakan-rakan. Bukan saya niat untuk riak dan takabur. Tapi marilah kita imbangkan akhirat dengan duniawi. Saya terpanggil untuk menulis kerana ada rakan saya semasa di YM( yahoo massenger) menceritakan sambil mendengar cw apa kata sambil tu dengar juga bacaan al-quran. Sangat mudah sekarang dengan adanya online al-quran iaitu http://www.quranexplorer.com/ . Sebaiknya jangan kita lalai dan lupa kepada al-quran. Kalau boleh baca dan hafal al quran. CW anda boleh ingat apa salah kita ingat ayat-ayat al quran ini.
Disini ada sedikit adab2 membaca alquran dan menghafal alquran:-
Adab-Adab Membaca Dan Menghafal Al-Quran
• Ikhlaskan niat.
• Bersabar.
• Mulakan bacaan dengan Bismillah.
• Banyak berdoa kepada Allah s.w.t.
• Bersih dari hadas kecil dan besar.
• Sebaiknya menghadap kiblat.
• Memakai pakaian putih yang bersih dan menutup aurat.
• Jangan banyak berkata dan ketawa ketika membaca dan menghafal.
• Memberikan tumpuan sepenuhnya.
• Jangan membaca ketika mengantuk atau menguap.
• Berhenti membaca ketika ingin membuang angin.
• Menghormati Al-Qur'an.
• Menghormati guru.
• Solat dua rakaat sebelum memulakan kelas.
*Sebelum menghafal
• Mempunyai azam dan minat untuk menghafal
• Memilih waktu yang sesuai untuk menghafal.
• Memilih tempat yang sesuai untuk menghafal.
• Berada dalam keadaan tenang.
• Kosongkan fikiran sebelum menghafal.
• Pilih sebuah jenis mashaf dan jangan ubah dengan jenis mashaf lain.
• Beristighfar, membaca selawat dan doa sebelum mula menghafal.
• Membaca ayat 164 surah Al-Baqarah sebelum mula menghafal.
*Teknik Menghafal
A. Teknik "Chunking"
Memisah-misahkan sepotong ayat yang panjang kepada beberapa bahagian yang sesuai mengikut arahan guru.
Memisah-misahkan selembar mukasurat kepada beberapa bahagian (2 atau 3 bahagian) yang sesuai.
Memisah-misahkan surah kepada beberapa bahagian, contohnya mengikut pertukaran cerita.
Memisah-misahkan juz kepada beberapa bahagian mengikut surah, hizib, rubu', cerita dan sebagainya.
Memisah-misahkan Al-Qur'an kepada kelompok surah, setiap 10 juz dan sebagainya.
B. Teknik Mengulang
Membaca sepotong atau sebahagian ayat sekurang-kurangnya lima kali sebelum mula menghafalnya.
Membaca ayat yang telah dihafal berulang-ulang kali (10 atau lebih) sebelum berpindah ke ayat seterusnya.
Selepas menghafal setiap setengah mukasurat, harus diulang beberapa kali sebelum diteruskan bahagian yang kedua.
Selepas menghafal satu mukasurat diulang beberapa kali sebelum diteruskan ke muka surat seterusnya.
Sebelum menghafal bahagian Al-Qur'an seterusnya, harus diulang bahagian yang sebelumnya.
C. Teknik Tumpu dan Ingat
Menumpukan penglihatan kepada ayat, mukasurat dan lebaran.
Pejamkan mata dan cuba melihatnya dengan minda.
Sekiranya masih lagi kabur, buka mati dan tumpukan kembali kepada mashaf.
Ulanglah sehingga dapat melihat ayat atau mukasurat tersebut dengan mata tertutup.
D. Teknik Menghafal Dengan Seorang Teman
Pilih seorang teman yang sama minat.
Orang yang pertama membaca dengan disemak oleh orang yang kedua.
Orang yang kedua membaca dengan disemak oleh orang yang pertama.
Saling menebuk ayat antara satu sama lain.
E. Teknik Mendengar Kaset
Pilih seorang qari' yang baik bagi seluruh Al-Qur'an atau beberapa qari' bagi surah surah tertentu.
Sebelum mula menghafal, dengar bacaan ayat-ayat yang ingin dihafal beberapa kali.
Amati cara, lagu dan tempat berhenti bacaan qari' tersebut sehingga terpahat di fikiran.
Mula menghafal ayat-ayat tersebut dengan cara dan gaya qari' tersebut.
Sentiasa mendengar kaset bacaan Al-Qur'an dan kurangkan atau tinggalkan pendengaran lagu kerana ia akan mengganggu penghafalan.
F. Teknik Merakamkan Suara
Rakamkan bacaan kita di dalam kaset dan dengar semula untuk memastikan bacaan dan hafalan yang betul.
Bagi kanak-kanak, rakamkan bacaan ibu-bapa atau guru kemudian diikuti oleh bacaan kanak-kanak tersebut. Minta kanak-kanak tersebut mendengar kembali rakaman tersebut beberapa kali hingga menghafalnya.
G. Teknik Menulis
Tulis kembali mukasurat yang telah dihafal. Kemudian semak semula dengan mashaf.
Menulis setiap ayat pertama awal mukasurat, atau setiap rubu', atau setiap juz, atau setiap surah dalam satu helai kertas.
H. Teknik "Pointers" dan "Keyword"
Buat beberapa kotak. Setiap kotak merupakan satu mukasurat.
Catat dalam kotak tersebut beberapa perkataan yang menjadi keyword bagi mukasurat tersebut.
Merenung dan membayangkan kotak tersebut dalam ingatan.
I. Teknik Menghafal Sebelum Tidur
Membaca atau menghafal beberapa potong ayat sebelum tidur.
Semasa melelapkan mata, dengar kaset bacaan ayat-ayat tersebut dan bayangkan posisi-nya di minda kita.
Dengar kembali dari awal surah, juz atau hizib, atau mana-mana yang sesuai sehingga ayat yang telah dihafal. Cuba bayangkan ayat-ayat yang didengar dari kaset di minda kita.
J. Teknik "Mindmaping"
Bagi setiap Juz, buat 8 cabang, setiap cabang satu rubu'. Tulis ayat pertama rubu' tersebut dicabangnya.
Bagi setiap surah, buat cabang bagi setiap pertukaran cerita atau rubu'.
Bagi setiap 10 juz, buat cabang bagi setiap juz, dan cabang yang lebih kecil bagi rubu'.
bersambung....

reference web "senandung hikmah"
4 comments:
ada rakan makan kismin sampai 1 kilo hehe...shok masa dengar waktu t/hari bagi saya,terima kasih atas teknik dan caranya.73
de ALL
tapi kalau nak menghafaz sebenarnya kena cari guru jugak. Kalau salah ajaran syitan akan menggangu. Tapi menghafaz utk diri tadak masalah. Kalau ada masalah rujuk kepada ustaz yang mahir.
nice one bro..sama-samalah kite
betul tu RIE jika sebutan salah makna lain kena ada ustaz untuk penbetulkan sebutan. tnks
de all
Post a Comment